BTC USD 62,127.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Burung cenderawasih mati

smalam aku g umah member,,,,ternampak 2 burung cendrawasih yg dah mati...badan dia mcm tak reput nanti aku upload,,,,,,banyak jugak barang mistik aku tgok...satuyer,,,,batu dilitupi belian ...dia dapat masa mimpi....
 
gambar pls...kami belum penah engok...:D
 
100K? Berapa % finance caj ni?~X(
 
binatang berulat ko nak ual buat hape.
 
nie pun kemungkinan juga...
lagipun kalau dalam hutan, kemungkinan untuk di baham rimau
adalah 50% lebih tinggi daripada di baham jerung... :">

ape daa...so maknenyer still ade 50% tok jerung baham kita dihutan?
logiknyer la ko ckp..

kadang2 kite boleh tau seseorng hanya dri gaya percakapan..:)
 
tp masalahnye bapak sedre kawan sy ade 1,terjumpe time pi cari akar dgn kwn2 dkt ats bukit dkt terengganu,sy pn ade skali,mmg x busuk pn,wangi mmg ade,nk kate kene awek, nape ade org sangup pg awek burung ni then ltk ats bukit yg mmg xder manusia pi duk lepak situ..ape kejadahnye dia dapat kalau wat gitu,:D:D..nk ikt logik mmg burung ni bkn dari heaven..tp uniknye dia tak berbau cam bangkai len smpi skg,da dkt 3 tahun da dia simpan.that why org simpan dia.:">:">

Jauh burung tuh terbang dari Irian lalu mati kat Gannu, macam penyu laa pulop ... :D

Sekali lagi aku tepek bahan bacaan untuk bukak mata Melayu yang percaya dengan benda karut nih ...

Justeru macam mane kisah dongeng ini bole start??

Ia berlaku sekitar abad ke 18 dan 19...iaitu ketike zaman penjajahan British dibeberape pelosok dunie...bangse barat itu tibe disuatu kawasan dan mendapati masyarakat peribuminye memakai hiasan kepale yang cantik dan menarik...hiasan kepale itu diperbuat daripade bulu cenderawasih jantan...lantaran tertarik dengan kecantikan bulu burung tu gamaknye...make masyarakat peribumi berkenaan pun menghadiahkanlah sekor cenderawasih yang dah mati tetapi diawet terlebih dahulu kepade penjajah British...kaki burung tersebut turut dipotong.

Selepas beberape lame...penjajah British itu hairan melihat burung tersebut kerane mendapati bangkai burung itu tidak langsung mereput...make mereke mule menganggap bahawe burung itu ajaib dan berasal dari kayangan seterusnye...fahaman sonsang barat itu merebak ke tanah melayu.

Macam mane plak dakwaan bahawe burung cenderawasih mampu menjadi pelaris dan membawe keuntungan berlipat kali gande??

Bangkai burung itu mungkin digunakan dalam amalan sihir untuk dijadikan pelaris...sebab barang bernajis dan haram termasuk bangkai haiwan turut dijadikan antare bahan dalam upacare kurafat tersebut...hakikatnye perniagaan dan usahe itu menjadi laris bukan berpunce dari tuah burung cenderawasih tetapi akibat bantuan jin dan syaitan yang jelas bertentangan dengan syariat Ialam.

Ps : Astaga...apo kejadahnyo semuo nie?? lagi percayo burung dari Allah...baik ekau orang tadah tangan mintak dari Allah...dari ekau orang sibok2 nak gi cari burung nie wat pelaris...sekali keno kenceng badan ponat...duit ekau losap...habok jo adolah muehehehehehehe...padan dengan muko ekau!!!!.

Saya yang telah berkhidmat di jabatan perhilitan selama 15 tahun dan apa yang boleh saya katakan mengenai burung ini adalah ianya mahluk yang dijadikan tidak lebih dari apa yang ada pada manusia itu sendiri. Burung ini sama sahaja dengan binatang yang lain atau sama spesis dengannya. cuma setiap spesis mempunyai perbezaan bentuk dan fungsinya sendiri. Saya melihat, menjaga dan memberi makan beberapa ekor burung ini tetapi tidak lah saya sampai menjadi bill gates atau orang kaya yang sewaktu dengannya. saya hanya pembantu perhilitan dengan gaji hampir RM 1700 sebulan. Anda yang percayakan dengan keajaiban burung ini adalah jahil-sejahil jahilnya. Manusia dijadikan dengan penuh keajaiban untuk manusia mengetahui akan kekuasaan tuhannya. Tetapi anda mempercayai burung ini lebih dari Allah, tidak kiralah kalau anda mengatakan berserah kepada ALLAH tetapi mempercayai fungsi burung ini. Pikir lah sendiri... Lembu kalau dibela jantan dan betina mungkin leh mengubah hidup anda daripada mempercayai burung ini.

Dalam satu serbuan di 4 premis di satu kawasan tumpuan pelancong di Kuala Lumpur hari ini, pelbagai barangan perhiasan yang asasnya adalah dari bahagian anggota haiwan yang dilindungi atau dilindungi sepenuhnya, dirampas di premis tersebut.

http://www.wildlife.gov.my/


Antaranya termasuk:

1. Keris dan pedang yang bahagian ulu dan sarungnya diperbuat dari ukiran gading gajah. Ada antara keris terbabit dijual RM30,000 sebilah.

2. Tengkorak haiwan yang belum dikenalpasti spesisnya , berharga lebih RM5000

3. Kuku harimau

4. Pelbagai perhiasan yang dibuat dari gading gajah.

5. Burung cederawasih yang diawet.

Dah-dah laaa percaya benda tahayul nih ... kalau setakat cerita jumpa atas bukit laa, atas kandang rimau laa, atas gunung laaa semua orang boleh ....
Bapak saudara saya punya kawan punya jiran punya adik tiri punya biras ada gak jumpa burung nih kat Irian Jaya atas bukit gak, tapi orang asli sana tengah panggang :D:D
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register