balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
GUA MUSANG - Masyarakat Orang Asli di sekitar Tanah Tinggi Lojing di sini, lega kerana kawasan berkenaan tidak lagi dipenuhi dengan buruh ladang sayur-sayuran dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (Pati).
Ia berikutan tindakan tegas pihak berkuasa menangani masalah kebanjiran Pati sejak akhir tahun lalu yang bekerja di ladang sayur-sayuran di kawasan berkenaan sehingga menjejaskan peluang pekerjaan kaum Orang Asli.
Hasil tinjauan mendapati separuh daripada 200 pengusaha kebun sayur hampir lumpuh kerana ketiadaan buruh asing bekerja di ladang mereka.
Seorang penduduk Orang Asli di Pos Brooke, Alang Bongsu, 51, berkata, langkah pihak berkuasa menangani buruh asing itu membuka peluang penduduk Orang Asli bekerja.
"Sebelum ini ramai buruh asing terutama dari Myanmar, Bangladesh dan Indonesia tetapi tiga bulan kebelakangan ini, jumlahnya semakin berkurangan.
"Jika sebelum ini kita dapat lihat pekerja asing di kawasan kampung Orang Asli tetapi kini suasananya jauh berbeza," katanya.
Justeru, Alang berharap pihak berkuasa meneruskan pemantauan bagi menangani kebanjiran Pati di kawasan berkenaan.
Seorang lagi penduduk Orang Asli, Angah Adam, 43, berkata, Pati itu bukan sahaja bekerja di ladang sayur, malah ada yang bekerja sebagai pemandu lori untuk menghantar bekalan ke Cameron Highlands, Pahang.
"Tak pastilah sama ada mereka mempunyai lesen memandu atau tidak, tetapi yang nyata kehadiran mereka menjejaskan peluang pekerjaan kepada kaum Orang Asli di sini," katanya.
Menurutnya, sekatan jalan raya oleh pasukan keselamatan 24 jam di Kampung Raja sempadan Pahang dan Kelantan itu sedikit sebanyak membantu menghalang kemasukan Pati.
“Kami rasa tenang sikit apabila mereka semakin berkurangan di sekitar Pos Brooke dan Lojing.
Diharap keadaan ini akan kekal begini," katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/buruh-asing-semakin-berkurangan-1.371203