honda_primo
Banned
- Messages
- 5,761
- Joined
- Nov 10, 2007
- Messages
- 5,761
- Reaction score
- 25
- Points
- 75
KLUANG: Seorang buruh yang mengamuk menggunakan parang selepas menyangkakan adiknya dipukul, mati ditembak anggota polis ketika cuba menyerang seorang penunggang motosikal di persimpangan masuk ke Kampung India, Kahang, dekat sini, tengah hari semalam.
Lelaki berusia 29 tahun itu dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol, mengamuk menggunakan parang sepanjang kira-kira 70 sentimeter di sebuah restoran di kampung itu sebelum beralih ke persimpangan berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, lelaki berkenaan dikatakan berang dan pergi ke restoran kira-kira 400 meter dari rumahnya apabila mendengar khabar angin kononnya adiknya dibelasah sedangkan adiknya itu sebenarnya cedera akibat jatuh motosikal.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamed Fawzi Arshad, berkata polis menerima panggilan kecemasan tengah hari semalam dan dua anggota dikejarkan ke restoran berkenaan.
“Apabila tiba di tempat kejadian, dua anggota dari Balai Polis Kahang melihat lelaki itu dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol menghayunkan parang dalam restoran berkenaan.
“Lelaki itu bertindak kasar dan cuba menyerang anggota polis menggunakan parang menyebabkan dua anggota terbabit bergegas ke balai untuk mendapatkan bantuan,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Kahang, dekat sini, semalam.
Menurutnya, dua anggota berkenaan bersama tiga anggota lain kemudian ke restoran itu semula, namun lelaki yang mengamuk itu sudah menghilangkan diri.
Katanya, lelaki terbabit ditemui berjalan kaki menuju ke persimpangan Kampung India dan anggota terbabit mengejarnya memujuk lelaki bersenjatakan parang itu menyerah diri.
Bagaimanapun, katanya, lelaki itu beberapa kali cuba menyerang polis menyebabkan pihaknya terpaksa melepaskan empat das tembakan amaran ke udara.
“Malangnya, ketika kejadian tiba-tiba seorang penunggang motosikal tiba di persimpangan itu dan cuba ditetak lelaki berkenaan.
“Seorang anggota polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah lelaki yang mengamuk itu bagi memastikan keselamatan penunggang motosikal berkenaan,” katanya.