BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bunuh kawan pasal bilik air

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki Indonesia bertindak membunuh rakannya hanya kerana mangsa enggan membenarkannya menggunakan bilik air dalam kejadian di Jalan Pantai, Kampung Bakar Batu di sini semalam.

Kejadian pukul 6.30 pagi itu menyebabkan buruh yang dikenali sebagai Juli, 37, mati akibat ditikam di dada dengan pisau pemotong sayur.

Sebelum kejadian, suspek mengetuk pintu bilik air dan meminta Juli yang sedang mandi supaya keluar kerana dia ingin mengambil wuduk bagi menunaikan solat Subuh.

Geram dengan tindakan mangsa yang enggan menuruti kehendaknya, suspek berusia 30-an itu bertindak menendang pintu lalu berlaku pertengkaran.

Suspek yang gagal mengawal emosi kemudian mengambil sebilah pisau lalu menikam mangsa sebelum melarikan diri.

Rumah yang mempunyai dua bilik itu disewa mangsa bersama isterinya.

Pemilik rumah berkenaan, Mohd. Hasnan Anbia, 31, berkata, dia bergegas ke situ sebaik terdengar bunyi wanita menjerit dan menangis.

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0702&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm
 
mentaliti indon. Bahaya puak2 ni.
 
marah sgt tuh..

nak solat..
mcm tak kena ja smpai mmbunuh..
 
perh...jg la smpai nafsu amarah mnguasai diri..
 
alamak..ingatkan berebut awek ke,rupanya berebut nak guna bilik air..
 
kawasan tue mmg penempatan indon tue......mcm2 la diorg nie.....tue pun boleh jdi kes bunuh....
 
kalau indon tu PATI mampus tuan rumah kena charge beri perlindungan pada PATI lak
 
takkan tak boleh tungguh sekejap lain-lah macam adik ipar eden mandi sampai 1 jam lebih... haisssh...
 
bahaya simpan indon nie..

tapi Malaysia pengimpot indon terbesar didunia..

arab saudi pun x mengimpot indon dah..
 
Back
Top
Log in Register