BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bunuh: Dua lelaki diburu

black_world

Junior Member
Messages
99
Joined
Jul 3, 2009
Messages
99
Reaction score
1
Points
11
SEREMBAN: Polis memburu dua lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan kejam seorang pekerja kontrak di sebuah flet di Taman Semarak, Nilai, dekat sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Mohd Zaki Masrof, berkata dua lelaki yang menyewa flet berkenaan disyaki suspek utama kes berkenaan.

“Polis belum membuat tangkapan dan dalam usaha memburu kedua-dua lelaki yang juga pekerja kilang.

“Setakat ini, kejadian itu dipercayai bermotifkan dendam dan polis akan melakukan siasatan daripada segenap aspek,” katanya.





Beliau berkata, bedah siasat akan dilakukan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), di sini, hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang ada maklumat mengenai kejadian itu diminta menyalurkannya kepada polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat orang ramai mengenai pergaduhan di situ.

Polis yang tiba beberapa minit kemudian menemui mayat seorang lelaki warga Indonesia berusia 29 tahun dengan kesan kecederaan di perut dan kepala.

Turut ditemui di tempat kejadian adalah dua sabit yang disyaki digunakan dalam pembunuhan itu.

Mangsa dikatakan tinggal Labu, di sini, dan dibawa ke situ oleh dua lelaki yang juga warga Indonesia.

Mereka yang ada maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222 atau balai polis berhampiran.
 
macam2 kes skrg nie...takut aku...
 
Back
Top
Log in Register