BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bungkusan kain berdarah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Isi kandungan dalam bungkusan kain disahkan bangkai kucing, bukannya janin bayi seperti disangka orang ramai.


MARANG - Orang ramai yang menggunakan laluan di bahagian belakang bangunan sebuah gelanggang futsal dekat sebuah kedai jahit di Pekan Bukit Payung di sini, terkejut apabila menemui bungkusan kain di kawasan semak, yang disangka janin bayi, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, salah seorang daripada mereka yang enggan namanya dikenali berkata, mereka merasa curiga selepas melihat bungkusan kain berlumuran darah dan dihurung lalat, dibuang di kawasan semak di situ.

“Kami tidak memeriksa bungkusan berkenaan, sebaliknya ada individu di sini menghubungi rakan mereka yang menjalankan tugas rondaan bersama pihak polis bagi membuat pemeriksaan isi kandungan sebenar terdapat dalam bungkusan kain itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Setelah membuat panggilan, dua anggota polis dari Balai Polis Bukit Payung di sini bersama beberapa anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah dan Rela daerah tiba di lokasi kejadian.

Bagaimanapun sangkaan mereka meleset apabila pasukan rondaan yang tiba di lokasi kejadian membuat pemeriksaan kemudiannya mengesahkan isi kandungan dalam bungkusan kain adalah bangkai kucing dan bukannya janin bayi seperti disangka.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/bungkusan-kain-berdarah-1.140260
 
buang baby lagi....ape nak jadi manusia ni..:mad:
 
err...eheheh...sori2...
teremo plak pagi2 ni..sampai tak sempat bace abih...:">
 
lg elok kalu bangkai kucing ditanam dr dibuang camtu je...
 
mcm mana la sanggup buang baby tu..
 
Back
Top
Log in Register