kancil biru
Legendary Member

- Messages
- 11,642
- Joined
- Apr 4, 2008
- Messages
- 11,642
- Reaction score
- 1,100
- Points
- 191
BUNGA DURIAN GORENG CILI PADI
Bahan-bahannya:
Bunga durian secukupnya
5 biji cili padi ( bergantung kepada tahap kepedasan yg diingini)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis atau udang kering
Sedikit belacan / kiub ikan bilis
Garam secukupnya
Cara-caranya:
Kesemua bahan di atas kecuali bunga durian ditumbuk atau dikisar.
Tumiskan bahan2 yang dikisar hingga naik bau.
Masukkan bunga durian yang telah basuh bersih.
Kacau rata hingga bunga durian nampak lembut.
Jangan goreng terlalu lama dan jangan campur dengan air kerana lama kelamaan bunga durian akan mengeluarkan air. Rasalah garam secukupnya. Hidangkan bersama nasi panas.
ROJAK BUNGA DURIAN
Bahan-bahan rojak:
Bunga durian yang dicelur
Timun dihiris memanjang
Tauhu digoreng dan dipotong dadu
Bahan-bahan kuah rojak:
5 tangkai cili kering dibasuh dan digoreng dengan minyak (kalau nak pedas boleh tambah cili lagi)
2 biji bawang besar dipotong bulat dan digoreng
3 ulas bawang putih di goreng tanpa dihiris
300 gm kacang tanah digoreng dengan minyak
1 cm belacan digoreng
Sedikit asam jawa, gula dan garam.
Cara-caranya:
Kesemua bahan yang telah digoreng dikisar bersama gula dan garam. Gunakan air yang dah dimasak semasa mengisar bahan2 tersebut kerana kuah rojak ini tidak perlu dimasak lagi. Perahkan sedikit air asam jawa dan rasalah masam,manis dan masin secukupnya. Bolehlah dihidangkan bersama bahan2 rojak