BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bunga api dan mercun kini ada dijual di Tesco

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
mercun-bunga-api.jpg


PETALING JAYA: Pasaraya Tesco berkata, ia mempunyai permit sah untuk menjual mercun dan bunga api secara terbuka.

Penjelasan itu dibuat selepas gambar mengenai kain rentang promosi mercun dijual pada harga RM16.88 sebatang tersebar di media sosial dan dipersoalkan pengguna internet.

China Press memetik Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd dalam satu kenyataan semalam yang mengesahkan perkara itu.

Katanya, syarikat itu mematuhi semua peraturan dan syarat, dengan mercun serta bunga api itu diambil daripada pembekal sah yang mempunyai permit dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri dan polis.

“Kami juga tahu mengenai berita yang tersebar di media sosial mengenai cawangan Tesco menjual bunga api dan mercun. Produk mercun dan bunga api itu dijual secara sah.”

Tesco dalam kenyataan itu turut menasihatkan pelanggan mengutamakan keselamatan dan membuat langkah pencegahan ketika menyalakan bunga api.

Kakitangan di Pusat Khidmat Pelanggan Tesco dipetik China Press berkata, banyak cawangan Tesco di negara ini menjual mercun dan bunga api, tetapi produk itu hanya dijual menjelang Tahun Baharu Cina.

Beliau berkata, Tesco tidak membenarkan kanak-kanak membeli mercun dan bunga api, hanya orang dewasa berusia 18 tahun ke atas boleh membeli produk itu.

Katanya, jika perlu, syarikat itu akan meminta pembeli menunjukkan kad pengenalan.

Sementara itu, ahkbar itu memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa sebagai mengesahkan pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

“Polis akan mengambil tindakan segera jika mendapati Tesco menjual mercun dan bunga api secara haram.”

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, polis akan mengerahkan anggota kes pasar raya itu untuk menjalankan siasatan, walaupun tiada laporan diterima setakat ini.

Ditanya jika mercun itu adalah bahan larangan, beliau tidak boleh memberi sebarang komen kerana polis belum mempunyai sebarang butiran mengenainya dan jika perkara itu disahkan benar, tindakan akan diambil terhadap Tesco.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji memberitahu China Press, hanya 14 jenis bunga api dibenarkan dijual di pasaran dan peniaga perlu memohon permit daripada balai polis daerah.

“Pada awalnya, hanya 2 jenis bunga api dibenarkan dijual, iaitu Happy Boom dan Pop Pop. Kementerian Dalam Negeri membenarkan jualan 12 jenis bunga api lain pada 2014, dan peniaga perlu mendpaatkan permit untuk menjual secara sah.”

Berikut ialah 14 jenis bunga api yang dibenarkan dijual di pasaran.

Pop-Pop
Happy boom
Happy boom glow of sunset
Happy boom sun sparkles
Happy boom glories
Happy boom fountain
Happy boom peacock fountain
Happy boom happiness fountain
Happy boom ground bloom flowers
Happy boom firework
Happy boom top gun
Happy boon flower camelia
Happy boom flower silver crackling
Happy boom pili cracker


http://www.freemalaysiatoday.com/ca...-permit-jual-mercun-dan-bunga-api-kata-tesco/
 
44 mercun, bunga api dibenar dijual, Putrajaya jawab Adun DAP

PETALING JAYA: Putrajaya berkata 44 jenis mercun dan bunga api dibenarkan dijual, selepas seorang ahli politik DAP menyeru kerajaan menarik balik larangan import menjelang sambutan Tahun Baru Cina.


Timbalan Menteri Azis Jamman berkata pada 2014, 12 jenis mercun berjenama “Happy Boom” boleh dijual.

“Sejak itu hingga hari ini, sebanyak 44 jenis mercun diuji, dinilai dan dibenarkan dijual untuk pesta,” kata Azis.

“Happy Boom” antara 2 jenis mercun dan bunga api yang boleh dijual di Malaysia, yang lain adalah “Pop Pop”.

Pengunaan mercun pesta dikawal Akta Bahan Letupan.

Terdahulu, Adun Bercham, Ong Boon Piow menggesa kerajaan menarik balik larangan import mercun dan bunga api bagi membanteras penyeludupan.

Beliau berkata mercun dan bunga api memeriahkan lagi suasana pesta dan lebih berkesan dikawal jika ia dibenarkan undang-undang.

Beliau berkata membolehkan jualan mercun dan bunga api menyumbang kepada hasil kerajaan dan mengurangkan peluang rasuah. - FMT

mercun-bernama-030219-3.jpg

Adun DAP cadang pengharaman mercun ditarik balik

Meskipun sudah diharamkan, letupan dan cahaya bunga api masih dapat dilihat serta didengar pada musim perayaan.


Menjelang Tahun Baru Cina yang akan disambut Selasa ini, Anggota Dewan Undangan Negeri Bercham Ong Boon Piow mencadangkan agar pengharaman bunga api ditarik balik bagi "menamatkan penyeludupan bunga api".

Dalam kenyataan hari ini, Ong berkata langkah itu juga dapat memeriahkan lagi suasana perayaan, dengan syarat penggunaan bunga api dipantau pihak berkuasa.

"Selain memeriahkan Tahun Baru Cina, dengan menarik balik larangan itu dapat meningkatkan pendapatan negara dan peniaga.

"Larangan itu dikenakan susulan insiden 20 tahun lalu. Kebanyakan bunga api yang digunakan orang ramai merupakan produk seludup.

"Ini menyebabkan negara rugi hasil pendapatan dari cukai. Selain daripada itu, ia membuka ruang kepada pegawai penguatkuasaan menyalahgunakan kuasa," katanya.
Ong, yang juga merupakan pembantu setiausaha DAP Perak turut mencadangkan agar pihak berkuasa menyenaraikan tempat dan masa penggunaan bunga api, selain menghukum pihak yang melanggar peraturan itu.

Untuk rekod, hanya dua jenis bunga api yang dikecualikan daripada larangan yang dikuatkuasakan pada 1994 iaitu bunga api jenis 'pop-pop' dan 'happy boom'. - MK

bab0e8fbe837d657c36159a4cebed5ac.jpg

asal raya je main mercun..aku ni dah puas main bedil
 
Raya thn lps punye mercun x abis maen lg

Anak takut mercun pulak haha
 
bleh plak tesco jual mercun...
oooo... ada permit...
ada permit, ada 'masyuk'la...
oh malaysia ku....
 
Back
Top
Log in Register