BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bunga api dan mercun kini ada dijual di Tesco

kat sini ada satu ..depa sewa satu kedai korner lot...alih2 jual mercun..depa sewa sebulan je, sbb permit dpt sebulan..bukan setakat 14 mercun kat atas, segala jenis ketupat,bola, karipap semua ada..

sempat tanya mercun bola ari tu ..RM22 bola kecik ..25 bola besar..
 
sementara itu

Pasaraya jual mercun, 3 staf termasuk pengurus besar ditahan

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga kakitangan sebuah pasar raya di Cheras yang menjual mercun sempena Tahun Baharu Cina kepada pelanggannya, malam tadi.


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata dalam serbuan pada 9.30 malam itu, pihaknya turut merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dianggarkan bernilai RM50,000.

“Kesemua tiga lelaki yang ditahan itu berumur antara 25 dan 50 tahun serta berperanan sebagai pengurus besar, jurujual dan penjaga stor di pasar raya terbabit.

“Adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak yang memiliki serta menjual mercun dan bunga api melainkan mereka mempunyai lessen khas yang dikeluarkan polis,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Op Selamat 12 Peringkat Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Ketiga-tiga lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.


http://www.sinarharian.com.my/semasa/tiga-pekerja-pasar-raya-jual-mercun-ditahan-1.796394
 
pasaraya kat cheras ni mesti tak patuhi semua peraturan dan syarat,
dan dengan mercun serta bunga api itu tak diambil daripada pembekal sah yang ada permit oleh KDN dan polis
-hehe quote daripada yg TescO punya :D
 
oklah juga ermmm tak de mercun boring juga
 
Maksudnya main mercun yang dibeli (resit disertakan) dari pemegang permit dikira tak jadi kesalahanlah ni.nak main tunjuk resit.hehe
 
Mercun Caligula...???
mmm..teringat cerita caligula..haa
ada sape pernah tengok..best wooo
 
Jangan ada berita tesco meletup dah
 
Ini satu contoh yg baik...harap2 shopping2 mall lain spt AEON Big...The Store...Jusco dll dpt mencontohi Tesco..barulah rakyat tak susah nak cari bunga api kat pasar setiap kali perayaan menjelma...ini juga dpt menambahkan pendapatan negara...
 
Sebenarnya polis tahan sebab pada banner mercun tu ada perkataan 'Pakatan'
 
Back
Top
Log in Register