BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bumiputera perlu mohon sijil halal

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyarankan usahawan Bumiputera yang sedia ada supaya memohon sijil halal bagi mengukuhkan kepercayaan pengguna terhadap produk mereka.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pemilikan sijil halal daripada badan pengeluar sijil halal seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), akan memberi jaminan tentang kualiti dan status bahan yang digunakan.

“Bumiputera harus memanfaatkan sijil halal sebagai nilai tambahan kepada produk keluaran syarikat bagi memasarkan produk di dalam pasaran domestik mahupun antarabangsa,” kata pada majlis pelancaran produk berasaskan kecantikan oleh Havarline Diamond Sdn Bhd.

Menurutnya, masyarakat tempatan kini lebih berwaspada dalam pemilihan produk harian walaupun ia keluaran Bumiputera.

Di samping itu, beliau meminta usahawan Bumiputera agar memanfaatkan teknologi bagi memastikan bekalan produk mencukupi bagi menampung permintaan pasaran.

“Penggunaan teknologi dalam penghasilan produk dapat membantu usahawan Bumiputera terutamanya dari sektor kecil dan sederhana untuk bersaing dengan syarikat-syarikat dan pengusaha yang lain,” katanya.

Menurut laporan sebelum ini, Malaysia masih kekal sebagai pengeksport terbesar produk halal dunia dengan nilai eksport bernilai RM32.8 bilion meskipun jumlah itu hanya meliputi lima peratus daripada keseluruhan jumlah eksport negara tahun lalu.

Pada 2013, eksport negara meningkat 2.4 peratus atau RM17.17 bilion kepada RM719.81 bilion. - Bernama
 
aarrrrrggggg JAKIM nih.... mcm2 hal...
yang company kapir harbi tak pegi checking pun (CADBURY)...
yang company status bumiputra dok sibok dok jaga halal haram ..
bowwwdohhh piang
 
image.jpg

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyarankan usahawan Bumiputera yang sedia ada supaya memohon sijil halal bagi mengukuhkan kepercayaan pengguna terhadap produk mereka.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pemilikan sijil halal daripada badan pengeluar sijil halal seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), akan memberi jaminan tentang kualiti dan status bahan yang digunakan.

“Bumiputera harus memanfaatkan sijil halal sebagai nilai tambahan kepada produk keluaran syarikat bagi memasarkan produk di dalam pasaran domestik mahupun antarabangsa,” kata pada majlis pelancaran produk berasaskan kecantikan oleh Havarline Diamond Sdn Bhd.

Menurutnya, masyarakat tempatan kini lebih berwaspada dalam pemilihan produk harian walaupun ia keluaran Bumiputera.

Di samping itu, beliau meminta usahawan Bumiputera agar memanfaatkan teknologi bagi memastikan bekalan produk mencukupi bagi menampung permintaan pasaran.

“Penggunaan teknologi dalam penghasilan produk dapat membantu usahawan Bumiputera terutamanya dari sektor kecil dan sederhana untuk bersaing dengan syarikat-syarikat dan pengusaha yang lain,” katanya.

Menurut laporan sebelum ini, Malaysia masih kekal sebagai pengeksport terbesar produk halal dunia dengan nilai eksport bernilai RM32.8 bilion meskipun jumlah itu hanya meliputi lima peratus daripada keseluruhan jumlah eksport negara tahun lalu.

Pada 2013, eksport negara meningkat 2.4 peratus atau RM17.17 bilion kepada RM719.81 bilion. - Bernama

yang ada logo pun haram..haha
 
Kompeni yang dah masukkan bovine dlm produk diorang pon bley dapat sijil halal..

Lepas 3 bulan Baru ada tindakan..

Tu pon sbb tersebar dlm sosial network..

Apa kelembapan jakim nih???
 
bila lg nk perkenalkn logo HARAM...

tolong la label produk2 yg ada unsur2 babiiiii kt dlm tu
 
Kompeni yang dah masukkan bovine dlm produk diorang pon bley dapat sijil halal..

Lepas 3 bulan Baru ada tindakan..

Tu pon sbb tersebar dlm sosial network..

Apa kelembapan jakim nih???

Aku setuju dgn yg ni..
Xde ke thread pasal kelambatan 3 bulan ni kt cg?
 
org cakap, negara luar negeri lagi ketat undang2 bahan2 ramuan yg mesti dipamer di label produk, sykt pengeluar tak boleh sembunyi apa yang mereka masukkan sb negara tersebut serius dengan undang2.

Betul ke?
 
Betul bro..

Bila dah komfirm ada unsur2 bovine tu.. Jangan Harap nak keluar precautions produk2 nih..

Kerja Sambil lewa..

Padahal mencari makanan yg halal fardu bagi umat Islam..

Ni sbb nak jaga kompeni (xtau laa kompeni kroni ke x), sanggup mengetepikan bende2 penting gini..

JAKIM.. U're totally loser..
 
bovine ni yg diguna buat kapsul ke bro?

company eik? ( pm kalau sudi )
 
Back
Top
Log in Register