BTC USD 80,324.3 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bumi makin sesak

Print_Screen

Super Active Member
Messages
5,921
Joined
Nov 13, 2010
Messages
5,921
Reaction score
231
Points
73
Bumi makin sesak

TANGGAL 31 Oktober lalu, jumlah penduduk dunia sudah mencapai tujuh bilion manusia. Ironinya, peningkatan penduduk itu memberi petanda, 'bumi semakin sesak', sekali gus memberi cabaran kepada dunia.
Masyarakat dunia juga harus sedar dengan tercatatnya angka itu ia adalah tanda bahaya kepada dunia. Ini berikutan, jumlah yang semakin banyak itu akan menimbulkan banyak kesan dalam kehidupan manusia.
Menyedari masalah itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggariskan empat cabaran utama bakal dihadapi dunia ekoran pertambahan penduduk yang dijangka mencecah 10 bilion menjelang 2100. Jumlah itu dikatakan, mungkin mencecah sehingga 15 bilion orang jika berlakunya peningkatan kadar kelahiran.

Wakil Tabung Aktiviti Kependudukan Bangsa Bersatu (UNFPA), Kamal Malhotra, berkata cabaran itu merangkumi kehidupan golongan belia, masalah alam sekitar, keseimbangan antara penduduk bandar dan luar bandar serta soal perancangan keluarga.

Kamal berkata, jumlah penduduk dunia yang mencapai tujuh bilion itu dianggap bukan sekadar krisis, tapi juga sebagai detik untuk bertindak. Justeru, menggesa perubahan fokus dilakukan dalam mengendalikan jumlah penduduk dunia.

“Rakyat Malaysia tidak terkecuali kerana kita perlu berusaha untuk memperoleh kualiti hidup yang baik,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Laporan Populasi Penduduk Dunia 201I: Rakyat dan Kemungkinan Dalam Dunia 7 bilion, di ibu negara, baru-baru ini.
Majlis perasmian disempurnakan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga, Tan Sri Napsiah Omar. Turut hadir, Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman.

Kamal berkata, dengan pelancaran laporan berkenaan, Malaysia menyertai masyarakat global dalam menyatukan usaha untuk mengetengahkan cabaran, peluang dan tindakan yang akan membentuk masa depan bersama.

“Oleh kerana lebih ramai orang berkongsi planet kita, cabaran baru akan timbul. Menyelesaikan cabaran sedia ada dan melindungi hak asasi manusia akan menjadi semakin mendesak,” katanya.

Kamal menambah, dunia berubah dengan pesat. Pertumbuhan penduduk akan berterusan sekurang-kurangnya sehingga pertengahan abad ke-21, walaupun penurunan dramatik dalam jumlah purata kanak-kanak setiap wanita.

Katanya, dalam dekad kebelakangan ini kematian rendah, jangka hayat lebih panjang dan lebih ramai orang muda di negara di mana kesuburan kekal tinggi yang menyumbangkan kepada peningkatan dalam pertumbuhan penduduk.

Berikutan itu, dalam tempoh kurang 15 tahun, menjelang akhir tahun 2024 akan berlaku lagi pertambahan penduduk dunia. Jumlah penduduk dunia turut dijangka bertambah dari tujuh bilion sekarang kepada 10 bilion orang menjelang tahun 2100.

Memandang pada masa hadapan, tujuh isu utama dikenal pasti oleh kempen ‘7 Tindakan Bilion’ dan ia menjadi peringatan penting cabaran dihadapi dan arah mana yang kita perlu bergerak. Pertama, peningkatan dalam tahap hutang isi rumah di Malaysia, kedua, kenal pasti cabaran keganasan berasaskan gender manakala ketiga; sensitif, responsif dan pendekatan berasaskan hak kepada orang muda dalam negara.

Keempat, memastikan setiap kanak-kanak diperlukan dan setiap kelahiran adalah selamat; Kelima ialah keperluan untuk mengukuhkan polisi berkesan serta program yang ada kaitan antara kesihatan umum dan kesihatan alam sekitar; Keenam, membangunkan maklum balas berkesan kepada cabaran terhadap penuaan penduduk dan memastikan kualiti kehidupan mereka dan; Ketujuh, merancang serta bersedia untuk peningkatan jumlah penduduk bandar pada masa hadapan di Malaysia, yang dikatakan meningkat daripada 62 peratus pada tahun 2000 kepada 71 peratus, 2010.

Kamal berkata, UNFA baru-baru ini sudah memulakan untuk merancang Program Negara yang akan datang bagi tempoh tujuh tahun bermula 2013 hingga 2017. Pelan berkenaan mencadangkan tiga komponen kritikal iaitu Populasi dan Pembangunan, Seksual dan Kesihatan Reproduktif dan Hak dan Kesaksamaan Gender perlu diperkukuhkan.

INFO: Antara fakta menarik mengenai penduduk dunia pada masa depan

Tokyo mencatatkan bilangan penduduk paling tinggi dengan 36.7 juta orang diikuti New Delhi (22 juta orang) dan Sao Paulo serta Mumbai, masing-masing mencatatkan jumlah 20 juta penduduk.

Jangkaan terkini memperlihatkan bilangan penduduk akan mencecah 9.3 bilion orang pada 2050 dan lebih 10 bilion orang menjelang 2100.

Dengan hanya variasi kecil dalam kadar kesuburan terutama di negara yang memiliki kepadatan penduduk, jumlah itu dijangka lebih tinggi iaitu 10.6 bilion orang pada 2050 dan lebih 15 bilion (2100).

UNFPA turut mencadangkan supaya diwujudkan pelan pembangunan yang seimbang bagi menghadapi jumlah pertambahan penduduk termasuk pembinaan perumahan yang mencukupi, sistem sanitasi yang baik serta 'kawasan hijau'.

Negara penyumbang penduduk bumi terbesar dan tercepat ada di negara membangun kawasan Asia dan Afrika seperti India, Pakistan, Tiongkok, Bangladesh, Nigeria, Ethiopia.

Lima cabaran besar yang dihadapi masyarakat dunia moden adalah kestabilan kewangan, perubahan iklim, penyakit, keganasan dan perlucutan senjata nuklear.

Dunia juga masih menghadapi cabaran kekurangan air dan masih terdapatnya masalah amat besar antara negara dunia bagi mendapatkan air, perumahan, dan lapangan kerja.

Berdasarkan sorotan 2050, China tidak lagi menduduki tempat pertama. Pakistan mengambil posisi ke-empat yang sebelumnya diduduki Indonesia. Nigeria, Ethiopia dan Congo dijangkakan akan mengalami pertumbuhan penduduk yang besar dan mulai masuk senarai dalam 10 penduduk dunia yang ramai. Sebaliknya Jepun, Russia, United Kingdom, Itali dan Jerman dijangka akan mengalami pertumbuhan penduduk yang rendah.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bumimakinsesak/Article
 
Ini semua propaganda pihak zionis utk mengakalkan kita. Dah mmg manusia ni sejak azali lagi mmg penghuni dibumi ini dan juga sbg khalifah yg mana bertujuan utk memakmurkan bumi ini dan bukannya menghancurkan bumi ini yg mana byk berlaku disana sini.
 
Dorg tkut..pasal ptambahan penduduk kristian sgt plahan berbandig Islam...dlm tempoh 20thun lg bdasarkan kadar kelahiran skang 25% penduduk dunia Islam berbanding skunk 19%...
 
ikut hishamuddin rais, mmg ade konspirasi utk kurgkan populasi dunia melalui perang etc
 
diorang tak tgk malaysia kot
ada anak buang jer sana sini
 
kat middle east ngan afrika luas lagi..biar pesat sampai 1000org/km2//
 
PBB ? persatuan bangsat ni... :))
 
mmg sesak sangat2 dah..tapi tempat saya tk de sesak lagi.boleh pindah mai cini 2,3 platon jadi ler lebih tk boleh.kekke
 
pemende yang sesak?..tgk kat arab tu..tgh afrika luas gile tade orang..

kat amerika pon masih bnyak tanah kosong..ostrolia pon sama..
 
Back
Top
Log in Register