BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bumi hancur 16 Mac 2880?

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Sebanyak 0.3 peratus peluang 1950DA melanggar bumi dalam tempoh 867 tahun. Daily
< 1 / 1 >
CALIFORNIA - Sainstis Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), menjangkakan sebuah asteroid besar dikenali sebagai 1950DA akan melanggar bumi pada 16 Mac 2880, sekali gus menyebabkan dunia hancur.

Menurut laporan Daily Mail, Asteroid itu mula ditemui pada 23 Februari 1950, dan diperhatikan selama 17 hari sebelum hilang dari pandangan selama setengah abad.

Pada 31 Disember 2000, 1950DA muncul kembali dan melalui pemerhatian optik, ia berputar sekali pada setiap 2.1 jam dan menjadikannya asteroid kedua berpusing paling laju dalam saiznya.

Difahamkan, asteroid itu terletak hampir 5 kilometer dari garis pusat dan bergerak kira-kira 15 kilometer sesaat untuk ke bumi serta mampu menghentam Lautan Atlantik pada kelajuan 61 kilometer sejam.

Asteroid1950DA dianggarkan berlanggar dengan planet bumi pada kuasa 44,800 megatan.

Bagaimanapun kebarangkalian kesan hanya 0.3 peratus, iaitu 50 peratus lebih hebat berbanding impak dari asteroid lain.
 
baru tgk citer armageddon kat tv9 smlm. elok je kua berita pasal ni arini. :))
 
masa depan xde sapa yg tahu kecuali ALLAH SWT ape yg akan berlaku sume adalah kehendakNya..
 
Kalau ikut umur aku sekarang 2880 tu aku berumur 903 tahun..hahahahha..otai abis.. :))
 
Hanya Allah lebih mengetahui bila masa tersebut akan sampai.
 
Asyik meramal je keja diorang ni..
 
Kali ini ramal kasi jauh sket date...dunia ini sementara, den yakin semua kaum muslimin tidak tergugat dengan benda2 ini kerana lambat laun dunia ini akan berakhir
 
ntah idop lagi ke tidak aku mase tue
 
Back
Top
Log in Register