BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bumbung Makmal SMK Juasseh Runtuh

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Bumbung Makmal SMK Juasseh Runtuh​

172b5b3d7956d9641f5d4e253abe3c296a84241a0a44a

Kredit JBPM

Bumbung makmal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Juasseh di sini runtuh pada kira-kira 12 tengah hari tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah Pegawai Kanan Bomba Mohd Idham Mohd Rodzi berkata tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

“Kejadian berlaku semasa tiada pelajar menggunakan makmal itu.

“Bagaimanapun beberapa bahan kimia dialihkan ke tempat lebih selamat kerana kita khuatir ia boleh mencetuskan kebakaran,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd Idham berkata pihaknya telah mengarahkan kawasan itu dikosongkan dan tidak digunakan sehingga disahkan selamat.

Beliau berkata kes diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk penilaian lanjut.

 
Back
Top
Log in Register