BTC USD 81,647.0 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bukti Dr. Asri pendukung Wahabi

Ahmad811

Active Member
Messages
1,762
Joined
Feb 12, 2008
Messages
1,762
Reaction score
112
Points
33
Dipetik dari: http://al-ghari.blogspot.com/

Memiliki sarjana Hadith bergelar Doktor @ bekas Mufti bukanlah boleh dijadikan lesen untuk menipu masyarakat. Menipu tetap haram sekalipun ia dilakukan secara profesional. Jika menggunakan nama agama..ia boleh diistilahkan sebagai 'haram jadah'. Demikianlah situasi tipu daya yang dilakukan Dr MAZA.

Buktinya, bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau tidak pernah mendokong fahaman Wahabi seperti tanggapan umum terhadapnya selama ini. Oleh itu, beliau menolak tanggapan bahawa beliau terbabit dalam usaha untuk mengembangkan fahaman tersebut ketika menjadi mufti Perlis. Sebaliknya, kata tokoh agama yang sering mengundang kontroversi itu, Wahabi tidak pernah bertapak di Perlis. Menurutnya, fahaman juga tidak sama dengan "Sunnah Perlis" yang diamalkan oleh sebahagian penduduk Perlis sekarang."'Sunnah Perlis' bukanlah Wahabi, sebaliknya satu aliran pembaharuan bagi memajukan umat Islam dalam pelbagai bidang," katanya kepada Malaysiakini hari ini."Perlis tidak pernah menjadi Wahabi. Buku-buku (tokoh Wahabi) Muhammad Abdul Wahab tidak pernah diajarkan di Perlis. Pandangannya tidak pernah timbul dan dirujuk. Lihat: http://www.malaysiakini.com/news/113886
Sanggahan :
1) Semua alim ulamak dan cerdik pandai dulu dan kini mengakui bahawa Perlis mengikuti metodologi Wahhabiy hasil usaha gigih Bekas MBnya dan Dr MAZA. Lihatlah bukti dibawah. Jika Perlis bukan Wahhabiy, kenapa perlu dipromosi pemikiran Muhammad Abdul Wahhab ke seluruh negara? Kenapa diundang tokoh-tokoh Wahhabiy sedunia utk membentangkan kertas kerja pada seminar berkenaan. Tambahan pula, seminar ini dibuat sewaktu 'penjajahan' beliau sebagai Mufti Perlis. Bukankah dakwaan Dr MAZA satu pembohongan?


2) Kenyataan 'Sunnah Perlis' adalah 'kaum muda' dan bukan wahhabiy juga satu kekeliruan untuk memerangkap masyarakat. Memandangkan Dr MAZA tidak menguasai disiplin ilmu akidah & pemikiran Islam, maka beliau tidak mampu menjustifikasikan ketiga-tiga istilah berkenaan. Sebenarnya, istilah berkenaan membawa satu maksud sahaja. Hal ini boleh dibuktikan dgn kenyataan bekas MB Perlis sendiri yang mendakwa 'Perlis tidak mengamalkan bacaan yasin mlm jumaat, tahlil, kenduri arwah, doa qunut, talkin, wirid & berdoa beramai2 selepas solat DLL...kerana didakwa bid'ah sesat' kerana ia bukan dari amalan Nabi SAW. Sedangkan bila diteliti secara akademik amalan diatas mempunyai dalil-dalilnya. Ia telah dibincang para ulamak muktabar di dalam kitab2 mereka dlm permasalahn furuk. Cumanya mereka berkhilaf pandangan dan berlapang dada mengenainya. Namun, bila wujudnya golongan ini, terus dihukum bid'ah sesat bagi sesiapa yang melakukannya. Sunnah apa ni? Inilah metodologi Sunnah Wahhabiy. Tak mengaku takpa. Tapi justifikasi dibuat berdasarkan metodologi. Ternyata, ada persamaan kan?


3) Jika tuan/puan meneliti buku yang ditulis Dr MAZA (dibawah) ini, tuan/puan akan mendapati bahawa metod pemikiran Dr Asri sama dengan Wahhabiy dalam 'menyesatkan' umat Islam menyambut hari Keputeraan Nabi SAW. Bahkan beliau menganggap umat Islam 'sama' dengan kristian kerana menyambut hari kelahiran berkenaan. Na'uzubillah.

Buku ini sebahagian dari bukti pemikiran Dr MAZA = pemikiran Wahhabiy.

4) Satu lagi bukti antara bukti Wahhabiy aktif di Perlis ialah tentang :Kuliah Akidah yang disampaikan oleh Ustaz Abu Islam Fathul Bari;Tempat: Masjid Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis, Muslimin dan muslimat dijemput hadir. Masa: 11.30 pagi - 1.00 tgh hari, Tarikh: 4 Julai 2009 (Sabtu). Kuliah ini akan memanfaatkan ilmu dari kitab Tiga Landasan Utama (Usul Tsalasah) karya Syeikh Muhammad Abdul Wahab. Apa semua ini?

Kesimpulannya, berdasarkan bukti2 yang dikemukakan di atas maka sahlah dr Asri dan pengikut2nya mengembangkan fahaman Wahhabiy di Perlis. Untuk ...tidak dituding kesalahan dengan fahaman keras dan sejarah hitam Wahhabiy yang membunuh umat Islam, maka istilah 'Sunnah' @ Salafi diketengahkan. Hakikatnya, walau tampil dengan jenama yang berbeza, doktrin ini gemar membid'ah dan menyesatkan ummat Islam walau hanya berkhilaf isu-isu kecil agama. Paparan ini juga membuktikan bahawa beliau seorang yang tidak boleh dipercayai, mereka-reka cerita dan kesaksiannya perlu ditolak sama sekali.

Apatah lagi untuk menjawat jawatan sebagai YDP YADIM yang baru. Menurut sumber terdekat, Dr MAZA menggunakan orang politik bagi melobi dirinya sebagai YDP YADIM bg menggantikan Dato Nakhaei. Khabarnya Menteri Agama dah setuju. Dan surat melapor diri pada 15hb Okt lalu telahpun dikeluarkan. Namun, perlantikan ini dibantah hebat hampir keseluruhan NGO Islam kecuali NGO Wahhabiy dan Liberal. Khabar sahih juga disebutkan bahawa YD Agung juga murka dengan situasi ini. Bagi saya, jika Dr MAZA dilantik untuk penambahbaikan umat ini tidak mengapa. Tetapi, jika beliau masih berkeras dengan metod pemikirannya..bencanalah umat ini. Beliau tidak sepatutnya melobi. Beliau juga bukanlah seorang yang berkelayakan untuk jawatan itu kerana biografinya berada dikoordinat Jarh. Orang yang mempunyai rekod Jarh (buruk) tidak layak diberi jawatan @ menerima jawatan. Maka berhati-hatilah dengan penipuan atas nama agama dan jawatan. Sedarlah wahai kaum bangsaku. Selamatkanlah akidahmu.
 
kenyataan ketiga tuh aku nak sebut sikit...apa yang si MAZA tuh kata ada benarnya..kalu kita baca sejarah Nabi..semasa Nabi lahir..dalam kerabat keluarga Nabi sapa yang paling gembira..?
 
Last edited:
benda busuk bukan boleh tahan lama..

cepat berbau..

kalo tak belajar...jadilah mcm org yg rumah dia

tepi kedai susu getah..

org yg lalu sumer kata busuk..

tp penduduk kawasan berdekatan kata..

ok ape..mana ader bau..biasa jer..

sedapnya bau....

mampuih2..

keluarlah dr kawasan itu untuk belajar sekejap..

baru tahu selama ni yg kamu hidu itu busuk..
 
hang nie betui2 ka mahir bab2 mazhab ni..kalau x mahir jgn la dok kata org nie sesat ka apa ka...nanti sia2 saja dapat dosa fitnah...

hang nak ikut mazhab syafie..silakan..nak ikut hanbali silakan...tapi pastikan hang betui2 ikut mazhab tersebut...jgn nanti kata ikut mazhab syafie..tp dok campur adukkan ngan mazhab lain..

nak quote hati2 la..kaji dulu...kalau xtau dok diam je..tgk apa yg berlaku..
 
hang nie betui2 ka mahir bab2 mazhab ni..kalau x mahir jgn la dok kata org nie sesat ka apa ka...nanti sia2 saja dapat dosa fitnah...

hang nak ikut mazhab syafie..silakan..nak ikut hanbali silakan...tapi pastikan hang betui2 ikut mazhab tersebut...jgn nanti kata ikut mazhab syafie..tp dok campur adukkan ngan mazhab lain..

nak quote hati2 la..kaji dulu...kalau xtau dok diam je..tgk apa yg berlaku..

alamak apa yang sudah berlaku :o:o
 
Dr. Asri dah nafikan pun.
kalau tak puas hati pegi kat website dia ajak dia berdebat.

ini nak tuduh org main copy paste artikel org.
cukup2 la, jgn keterlaluan. nnt nak minta maaf susah.
 
apa kata yang tak suka dia pegi jumpa dia..sembang cakap dengan dia :)...tak pun kita ajak dia masuk CG..kalu nak suruh aku jemput dia pun boleh :D
 
1) bole tak TT bagi takrifan dgn jelas apa itu WAHABI?

2) berdasarkan takrifan di soalan no. 1, bole x TT tunjuk rakaman/apa2 bukti Dr. Asri menyebarkan ajaran wahabi kat Malaysia?

text yg TT tunjukkan kat 1st post tak membuktikan apa2. tak de bukti langsung.
 
so what kalau dr asri wahaby atau salafy?
kenapa kita duk gaduh pasal soal furuq ni..
wahabi tak pernah difatwakan sesat..
antara syiah dan wahabi mana lagi bahaya?
 
Back
Top
Log in Register