BTC USD 84,566.7 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bukan PR Yang Roboh

Bantuan untuk keluarga diami khemah

Oleh WAN NAJIB WAN DAUD

KEPALA BATAS 23 Jun - Kisah lapan beranak yang tinggal di bawah khemah daif berhampiran tapak rumah mereka selepas rumah asal dirobohkan oleh pemilik tanah 18 Jun lalu, mula mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.

Selepas tersiarnya laporan Utusan Malaysia mengenai kesulitan yang dihadapi oleh keluarga malang tersebut, Pusat Urus Zakat (PUZ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini memberi bantuan segera berbentuk wang tunai dan makanan.

Pegawai PUZ, Mohd. Khairi Ghazali mewakili PUZ menghulurkan bantuan wang tunai sebanyak RM200 untuk setiap keluarga bersama beras, biskut dan lain-lain manakala JKM pula menyerahkan bantuan segera berbentuk barang makanan.

Selain daripada bantuan tersebut, dua agensi kerajaan itu juga sedang mempertimbangkan bentuk bantuan lain yang akan diberikan kemudian selepas meneliti beberapa perkara berkaitan.

Pemilik rumah itu, Ishak Salleh, 65, berkata, beliau amat bersyukur menerima bantuan tersebut setelah beberapa hari tidur di bawah khemah.

"Walaupun keadaan kami amat tertekan ketika ini, namun dengan bantuan orang ramai dan beberapa agensi kerajaan dapatlah kami mengurangkan beban,' katanya ketika ditemui di bekas tapak rumahnya di sini hari ini.

Dalam laporan akhbar hari ini, lapan beranak terpaksa berteduh di bawah khemah selepas rumah mereka diarah dirobohkan oleh mahkamah berikutan pemilik tanah mahu mengambil kembali tanahnya dan telah diberikan notis pindah sebelum ini.

Menurut Ishak, selain beliau dan isteri serta anak bongsunya yang tinggal bersama, turut menerima nasib sama ialah anak perempuannya Norhashimah dan suaminya serta tiga anaknya yang lain.

Beliau memberitahu, tanah yang diduduki lapan beranak itu sejak 36 tahun lalu merupakan tanah milik sepupunya, namun gagal untuk membeli tanah tersebut selepas beberapa kali berunding.

"Pada asalnya tanah berkeluasan 0.28 hektar itu hendak dijual dan pak cik minta untuk membelinya pada harga RM100,000 walaupun harga pasaran dalam lingkungan RM70,000 tapi mereka menolak dan tak sangka kaum keluarga boleh bertindak sebegini," ujarnya.

Katanya, beliau tidak mahu masalah membabitkan keluarga terus berpanjangan dan mahu menumpukan perhatian untuk mencari tempat tinggal yang selesa bagi anak-anak dan cucu-cucunya.

Buat sementara waktu katanya, beliau akan tinggal sementara di rumah adik iparnya di kawasan berhampiran sebelum mencari tempat tinggal tetap.


Sementara itu, pemilik tanah tersebut, Halimah Ahmad, 60-an, yang dikatakan tinggal lebih kurang tiga kilometer dari rumah keluarga malang terbabit gagal dihubungi.

Tula..mcm aku kate la..hal turun temurun ni payah...bila salasilah dah jauh, kluarga xrapat lak tu..tu yg jd camni..

btw, nape gagal dihubungi..tau lak malu..nego la betul2..klu sedara sendiri pn da sggup wat camtu..klu org yg sewa tu bkn sedara agak2nya dgn isi2 umah dibakar sekali kot..:(scam :(scam
 
Anak sedara dia orang mcm paklah kut..zalim semacam..baik bawa batang kayu kasi hentam belakang tengkok dia, tengok siapa kuat..kayu ke batang tengkok!!!
 
Sekarang sebab duit dan harga orang sanggup wat ape jer.Buang sedara pun takpe.Dunia oh dunia.
 
hmm...da kire tipu fakta ni...sape yang buat tu ada sifat2 munafik...
 
Dari Berita Hairan

Dua keluarga terpaksa tidur bawah pokok
Oleh Fazallah Pit

MANGSA TINDAKAN: Ishak (kiri) bersama keluarga hanya berteduh di bawah khemah sementara berhampiran rumahnya yang dirobohkan, semalam.

KEPALA BATAS: Dua keluarga di Kampung Padang Beka, Pinang Tunggal di sini, terpaksa tidur di bawah pokok bersebelahan runtuhan rumah mereka sejak Rabu lalu selepas kediaman mereka dirobohkan pihak berkuasa.

Nasib malang itu dialami suri rumah, Norhashimah Ishak, 36, dan suaminya, Jalal Amin, 40, bersama tiga anak mereka � Mohd Aizat, 12; Mohd Azri, 11, dan Nurul Atikah, 7, yang tidak bersekolah sejak kejadian itu.

Nasib sama dialami bapa Norhashimah, Ishak Salleh, 65, seorang pesara tentera dan isterinya, Halijah Malim, 58, serta anaknya, Mohd Saiful, 18.

Rumah milik Norhashimah dan bapanya dirobohkan atas perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 2 Jun lalu.

Lantaran tidak memiliki rumah atau tanah lain dan kesempitan wang untuk menyewa, keluarga Norhashimah dan ibu bapanya terpaksa `berumah' di bawah pokok sebelum mendirikan khemah pagi semalam.

Mereka tidur dengan menyalakan unggun api bagi menghalau nyamuk dan mandi pada awal pagi ketika suasana masih gelap serta bersolat dengan menghampar kain atas rumput sebelum memulakan hari baru dengan mencari serpihan barangan yang masih elok.

Setiap hari sejak kejadian itu, mereka juga mengutip apa saja sisa runtuhan yang boleh dijual di kedai barangan lusuh terutama besi dan kayu demi sesuap nasi.

"Suami cuma kerja kampung. Manalah kami ada duit belanja, apatah lagi menyewa rumah. Mujur ada jiran membantu memberikan makanan," katanya ketika ditemui semalam.

Norhashimah kesal kerana pihak berkuasa merobohkan rumah mereka seolah-olah mereka penjenayah.

"Sebahagian barangan termasuk perabot dan pakaian tidak sempat diselamatkan. Malah, mereka tidak memberi masa secukupnya untuk mengeluarkan barang. Langsir pun tidak sempat ditanggal," katanya.

Norhashimah enggan berpindah ke kampung suaminya di Air Itam, Johor kerana mahu menjaga ibu bapanya.

Bapanya, Ishak sudah mendiami kawasan itu sejak 37 tahun lalu dengan membina dangau sebelum membina dua rumah menggunakan wang hasil perkhidmatannya sebagai tentera selama 18 tahun........


ayat2 mengelirukan dan menipu rakyat..:mad: :mad:
 
teruk betul la...adehh...mcm ne la nak maufakat...patutnye media jd sumber penyebar berita dan maklumat...tp jd agen memecahbelahkan umat...Ya Allah...da akhir zaman da ni...
 
jangan laa boikot utusan meloya, berita hairan dsb...kita kena sokong kerajaan UMNO...dia dah perkenalkan islam hadhari...dia dah kurangkan subsidi minyak...minyak kita termurah banding ngan Singapura, Thailand, UK...
 
teruk betul la...adehh...mcm ne la nak maufakat...patutnye media jd sumber penyebar berita dan maklumat...tp jd agen memecahbelahkan umat...Ya Allah...da akhir zaman da ni...

media dijadikan sejata utk kaburi mata rakyat....

hal nie dh lama berlaku....
 
Back
Top
Log in Register