BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bukan emas tetapi biri-biri Merino hantaran perkahwinan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

Bukan emas tetapi biri-biri Merino hantaran perkahwinan​

GELI-BIRI-BIRI.jpg

TANGKAP layar menunjukkan pasangan pengantin bergambar bersama biri-biri Merino di atas pelamin. - AGENSI

JAKARTA – Seorang pengantin lelaki di Jawa Timur memilih kelainan demi membahagiakan suri hatinya pada hari perkahwinan mereka dengan memberikan sepasang biri-biri jenis Merino kepada pengantin perempuan, lapor laman berita radar kediri.

Pada majlis perkahwinan yang berlangsung Jumaat lalu, Malindo Agus Sutrisno mengejutkan para tetamu di Desa Paringan, Ponorogo apabila membawa dua biri-biri Merino berbulu tebal sebagai hantaran buat isterinya, Wilujeng Sinu Utami.

Kejutan itu bermula daripada minat mendalam Wilujeng kepada ternakan berkenaan, di mana dia  kerap berkongsi video comel biri-biri Merino di laman sosial.

Peka dengan hasrat isterinya, Malindo secara senyap-senyap mengembara sehingga ke tanah tinggi Dieng di Wonosobo untuk mencari sepasang biri-biri Merino berkualiti tinggi untuk hari bahagia mereka.

Kehadiran haiwan comel itu di tapak kenduri mencuri tumpuan orang ramai.

Malah, sebahagian tetamu yang hadir pada awalnya menyangka biri-biri itu dibawa untuk disembelih bagi hidangan kenduri perkahwinan.

Sangkaan  itu bagaimanapun meleset apabila pasangan pengantin baharu menjelaskan bahawa biri-biri tersebut akan dipelihara dan dibiakkan sebagai simbolik permulaan fasa kehidupan baharu mereka. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register