BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bukan culik, tapi mangsa ikut kawan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
image.jpg

SEPANG - Polis menafikan berlaku kejadian culik melibatkan seorang remaja perempuan di sebuah kolej di Sepang, semalam

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu berlaku ketika remaja perempuan itu ke kolej tersebut bersama ibu dan adiknya untuk mengambil keputusan peperiksaan

Menurutnya, tidak beberapa lama kemudian, datang teman lelaki remaja tersebut datang mengambil mangsa

“Adik remaja tersebut yang melihat kejadian itu terus memaklumkan perkara tersebut kepada ibunya

“Ibu mangsa terkejut dengan tindakan mangsa yang terus meluru menaiki kereta tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, sebentar tadi

Beliau berkata, ibu mangsa yang berang dengan tindakan anaknya itu telah cuba menghubunginya beberapa kali namun gagal

Malah, ibu mangsa turut menghubungi ayah kepada teman lelaki anaknya itu untuk memaklumkan perkara tersebut, namun mendakwa dia tidak tahu menahu tentang perkara tersebut berikutan tidak tinggal serumah

Tambahnya, susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan polis pada keesokan harinya di Balai Polis Datuk Abu Bakar Baginda untuk tindakan lanjut.

“Siasatan polis mendapati kejadian ini bukanlah kes culik seperti yang tersebar luas di laman sosial Facebook

“Remaja perempuan itu sendiri dengan rela mengikut teman lelakinya tanpa memaklumkan kepada ibunya yang tidak merestui perhubungan cinta mereka,” katanya

Abdul Aziz berkata, polis kini giat menjejak teman lelaki mangsa untuk bantu siasatan

Beliau turut menegaskan kepada pengguna laman sosial supaya lebih berhati-hati dan tidak menimbulkan kegusaran kepada orang awam lain

"Pastikan kesahihan sesuatu kejadian dahulu bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku," katanya
 
nila selalu terjadi. budak perempuan gi ikut laki tak bagitau mak ayah langsung...

masa tengah seronok, rasa mcm dok kat syurga, tak ingat mak ayah...
lepas ni kalau susah, gi cari mak ayah.

harap polis jumpa budak lelaki tu dan bagi sepatah dua kata...
 
Dengan rela hati kena culik.

Jangan jadi penyumbang statistik kes buang bayi sudah.
 
nila selalu terjadi. budak perempuan gi ikut laki tak bagitau mak ayah langsung...

masa tengah seronok, rasa mcm dok kat syurga, tak ingat mak ayah...
lepas ni kalau susah, gi cari mak ayah.

harap polis jumpa budak lelaki tu dan bagi sepatah dua kata...

anak gadis zaman sekarang..~X(
 
Back
Top
Log in Register