BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bukan melancong tapi hantar pesakit

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,563
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,563
Reaction score
322
Points
141
ambulans-pelancongan.jpg

Ambulans milik Pejabat Kesihatan Daerah Lhokseumawe dilihat di sebuah lokasi pelancongan di Aceh. - Kompas

BANDA ACEH – Satu rakaman gambar yang memaparkan ambulans diparkir di sebuah lokasi pelancongan popular di Lhokseumawe, wilayah Aceh menjadi perdebatan pengguna media sosial, lapor laman berita Kompas semalam.

Dalam satu imej yang dirakam, ambulans tersebut diletakkan di Danau Laut Tawar, Aceh Tengah pada Ahad lalu.

Ambulans tersebut dikatakan milik pemerintah tempatan Kota Lhokseumawe.

Ia bagaimanapun mencetuskan perdebatan apabila orang ramai mendakwa bahawa ambulans tersebut digunakan untuk tujuan pelancongan.

Bagi menjelaskan keadaan itu, Ketua Pejabat Kesihatan Daerah Lhokseumawe, Safwaliza berkata, ambulans tersebut digunakan untuk menghantar pesakit yang merupakan ahli keluarga salah seorang kakitangannya.

“Selepas menghantar pesakit, pemandu ambulans berhenti sarapan di lokasi itu. Justeru, ia bukan digunakan untuk tujuan rekreasi,” katanya.

Tambah Safwaliza,  Pejabat Kesihatan Daerah Lhokseumawe mengizinkan penggunaan ambulans untuk keperluan mendesak meskipun pada hari minggu.

“Ambulans tidak kenal istilah hari cuti, siapa pun yang sakit kita akan hantar,” jelasnya. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register