BTC USD 64,010.0 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buka mata nampak perompak

am kurizawa

Active+ Member
Messages
2,708
Joined
Jul 4, 2009
Messages
2,708
Reaction score
15
Points
25
ne_05.1.jpg


KUALA LUMPUR - Empat hari selepas rumah pengacara, Wardina Saffiyah Fadhlullah Wilmot di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa dimasuki pencuri, empat beranak yang tinggal di Kampung Melayu Sungai Sering, Ukay Perdana di sini pula mengalami kejadian sama semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu, tiga suspek mengacu senjata ke arah empat mangsa yang terdiri daripada seorang wanita warga emas dan tiga orang anaknya yang berusia di antara 20 hingga 30 tahun.

Ketika kejadian, tiga suspek disyaki masuk ke dalam rumah mangsa dengan mengumpil tingkap dapur menggunakan pemutar skru manakala seorang lagi rakannya menunggu di luar rumah.

Mangsa, Noor Masaida Ariffin, 21, ketika ditemui berkata, dia menyedari rumahnya dimasuki penjenayah apabila tiga suspek bertopeng itu mengejutkan dia yang sedang tidur di ruang tamu dan mengacu pisau ke arahnya.

Tiga suspek yang membawa pemutar skru turut mengugut Noor Masaida supaya tidak menjerit.

"Saya yang nampak perompak terus menjerit meminta tolong sebelum menendang seorang daripada suspek itu," katanya yang memberitahu mulut dan kedua-dua tangannya turut ditutup menggunakan kain.-Kosmo
 
sungguh rancak aktiviti member nih... nk kena pasang perangkap kot...

btw, byk tul cable2 ke arah rumah tu... kabel2 apa tu ek? hmmmm
 
pttlah tingkap tak pasang jeriji...
 
rumah punya la mewah...tak pasang sensor alarm security ke ?
 
biaselah kalau da kaya kena la bayar cukai skit hehehehehe.
 
Rumah pun 3 tingkat, mesti perompak ingat kaya-raya. Kena pakai CCTV+pak Guard la.
 
Back
Top
Log in Register