Kuala Lumpur: Beberapa individu dikesan memperoleh puluhan ribu ringgit sebulan hasil kegiatan ‘menjual’ nama pusat tahfiz didakwa memerlukan dana bagi tujuan pembinaan.
Bagaimanapun, seorang suspek yang gemar berkeliaran memakai kopiah dan membawa tabung derma itu didapati menipu apabila nombor telefon pusat pendidikan itu didapati tidak wujud di dalam talian.
Suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) selepas didapati mengutip derma secara haram di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini.
Dalam operasi jam 12 tengah hari kelmarin, suspek didapati menggunakan tabung khas dilekatkan gambar pusat tahfiz dalam pembinaan itu beserta nombor telefon untuk dihubungi.
Pegawai JAWI yang menahan suspek cuba menghubungi nombor telefon terbabit, namun terkejut apabila mendapati nombor itu tiada dalam talian.
sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/68738