BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak maut dipatuk ular

Aku dh bgtau kat pak guard sek tu bahaya kontraktor yg tgh buat surau baru sekolah tu letak kayu formwork bertimbun2 smpai 3-4 m tinggi..nnt jd sarang ular..hri ni baru kontraktor tu start punggah keluar mgkn atas arahan bomba..stakat hri ni msh x jumpa lg ular tu..bomba jpam ape still lg duk cari..mgkn esk senang skit cri sekolah cuti..
 
730 kes dipatuk ular dengan 1 kematian dilaporkan Januari-April

image.jpg

Dua anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia daerah Besut berjaya menangkap ular tedung selar sepanjang 3 meter.

PUTRAJAYA 27 April - Sebanyak 730 kes patukan ular dengan satu kematian telah dilaporkan di seluruh negara dari Januari lalu sehingga semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata, Kedah, Perak dan Selangor merekodkan negeri yang tertinggi berlaku kes patukan ular manakala satu kes kematian akibat haiwan berbisa itu terjadi di Kelantan.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan menyarankan orang ramai agar mendapatkan rawatan kecemasan dengan segera di hospital atau klinik kesihatan berdekatan selepas dipatuk ular," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nah...-seluruh-negara-1.292940#sthash.CgyZVKiE.dpuf
 
Keluarga Nuriey Nadhirah terkilan belum terima laporan punca kematian

KOTA BHARU - Keluarga Nuriey Nadhirah Roslan, murid tahun satu yang maut akibat digigit haiwan berbisa ketika waktu rehat, menzahirkan rasa terkilan kerana belum menerima laporan punca kematian anak mereka daripada pihak hospital.


Ibu kanak-kanak itu, Wan Nor Izatul Azwana Mohamed, 28, berkata, pemergian anak sulung daripada dua beradik itu telah masuk hari ke-50 hari ini, namun sehingga sekarang punca sebenar kematiannya masih belum diketahui.

"Ada yang cakap Nuriey Nadhirah maut digigit ular, tapi ada juga yang cakap dia mati kena gigit lipan. Ia buatkan kami sekeluarga rasa tak tenang kerana tak tahu dengan tepat mengenai kematian Nuriey Nadhirah.

"Saya pernah beberapa kali hubungi hospital tempat Nuriey Nadhirah dibedah siasat namun pegawai bertugas beritahu keputusan belum keluar sedangkan kejadian telah berlaku hampir dua bulan," katanya ketika ditemui pemberita di Panji di sini, hari ini.

Pada 19 April lepas, Nuriey Nadhirah meninggal dunia selepas digigit haiwan berbisa di betis kirinya ketika bermain di kawasan taman di hadapan kelasnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Hashim 1, Pengkalan Chepa di sini. - Bernama


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.a...=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_19.htm#ixzz4AtZ0NkJj
 
Back
Top
Log in Register