BTC USD 61,654.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak maut dipatuk ular

hKDWdG.jpg


7LdjnD.jpg


Alhamdulillah...
Kak Long dah dikebumikan pada pukul 10pg tadi..Saya ucapkan terima kasih pada semua ahli keluarga dan rakan yg byk membantu dan memberi semangat..Pasal cerita Kak Long hidup semula tu adalah salah faham shj...Kak Long dah disahkan tiada di hosital besar kota bharu ptg kemarin lg dan tiba di rumah sy pukul 6.30ptg kemarin..lepas magrib jenazah dimandikan..Siap jenazah dimandikan,diangkat dan diletakkan diatas kain utk dikafankan..Masa nk letakkan jenazah kat atas kain kafan tu,dia tersedu 2kali..

Kami ahli keluarga dan sahabat handai berbincang utk panggil doktor datang check kat rumah utk kepastian,walaupun kata hati dah rasa yg kak long dah tiada..Sebelum Dr sampai,adalah 5..6..org yg cuba tengok keadaan jenazah,dlm 5..6..org tu adalah 1..2..org yg ckp jenazah masih ada cuma slok(koma).Xlama 1group Dr sampai dan membuat pemeriksaan,mengesahkan jenazah dah tiada,xlama kemudia sampai lg 1group Dr sukarela..dan berterusan group Dr sampai dalam 3group..semua Dr mengesahkan jenazah dah tiada dan saya sbg bapa tidak lagi membenarkan sesiapa pun menyentuh jenazah lg..kedaan tersebutlah yg menimbulkan salah faham dan buah mulut yg direka-reka..maklumlah org yg hadir terlalu ramai beratus-ratus..memandangkan keadaan dah lewat mlm,kami di pihak keluarga memutuskan urusan pengebumian di pagi esok(Rabu)..

setakat hari ni,yg sy tahu ular yg patut kak long masih belum dijumpai di sekolah tersebut..gambar ular yg diviralkan itu pun tidak benarhanya direka shj..dan mintaklah buang gambar kat hospita yg muka diikat(sedih tgk)dan sy meminta semua rakan FB,perbetulkan cerita..jgn lah ditambah tolok..cerita di sekolah dan hospital sy pun kurang pasti,disebabkan sy dr kuantan pukul 12tgh dan sampai Kb pukul 3.30..anak sudah meninggal..sy juga belum pasti jenis ular yg mematuknya..mintak maaf kpd semua kerana xsempat nk cerita perkara sebenar dan xsempat nk layan call,whatsap dan Fb..Dan terima kasih diucapkan kepada pihak2 jabatan kerajaan yg sempat hadir ke rumah..Sy sbg manusia biasa ni,sedih lah jgk,dia lah seorang anak,dialah seorang rakan yg paling rapat dan sy lah tempat melayan cerita2 budak2 nya..sampaikan nama kawan2 dia kat skolah pun sy ingt..Tapi Allah lebih syg kan dia ..sama2 lah kita terima Qadar dan Qadar Allah swt..yg pastinya taman syurga menunggu mu anakku..Kita semua yg belum pasti dimana-mana..sama2 lah berdoa utk menuju ke jalan yg lurus,aitu jalan org2 yg beriman..

fb bapa: https://www.facebook.com/ruslan.family?pnref=story

Sedih bila baca ayat ayah arwah.
 
ok perkara dah b'laku. jd apa tindakan selanjutnya?
pihak sekolah perlu lebe kerap beri maklumat pasal haiwan b'bisa pd bdk2 skolah. letak poster kat kantin2, tanda amaran jgn main dikwsan semak. pgl pihak bomba & jbtan haiwan utk demonstrasi haiwan. tkg kebun perlu cek kwsan sekeliling skolah. boh racun.
 
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

 
ye la sape sangka kn anak g skolah xdela terpikir bahye binatang2 berbisa ni.igat mmg slamat la.tup2 kne patok ular.tp part yg sedih tu dia x trus bgtau ckgu dan masuk kelas mcm biasa.mmg bisa ular tu dah merebak la,ye la bdak2 bkan tau kne patuk ular bahye ke x...aku leh bayang prasaan org tua dia hmmm
 
Sebak baca fb ayah dia tu..huhuhuhu..anak syurga
 
13 Tindakan Segera Apabila Dipatuk Ular Atau Tertusuk Paku

Apakah yang anda harus lakukan jika dipatuk/digigit ular atau apabila anda syak anda dipatuk ular? Lakukan langkah-langkah berikut:

1. Pertama sekali anda mestilah bertenang. Jangan panik! Pastikan anda menjauhi ular tersebut dan cari tempat yang selamat. JANGAN PANIK! Hanya 18 dari 140 spesies ular Malaysia yang berbisa! Dan jika pun anda dipatuk oleh ular yang berbisa tidak semestinya ia menyebabkan kematian kerana majoriti dari gigitan ular adalah ‘dry bites’.

2. Pada masa yang sama, cuba cam kan rupa, ciri2 dan warna ular tersebut bagi tujuan pengesahan spesies di hospital nanti. Di era moden ini, sila ambil gambar ular tersebut dgn smart phone (jenama mesin basuh pun boleh, tak semestinya iPhone wink emoticon

3. Jangan mengikut adegan dalam cerita Hindi atau Tamil dengan memotong atau menghisap tempat gigitan ular tersebut! Ia sama sekali tidak membantu malah boleh menyebabkan kecederaan tisu menjadi lebih teruk! Juga boleh menyebabkan bisa ular merebak dgn lebih cepat di dalam tubuh pesakit akibat dikolom ganas oleh anda wink emoticon. Bisa ular di dalam badan mangsa akan segera merebak ke dalam saluran limfa dan adalah mustahil utk manusia menyedutnya semula.

4. Dapatkan bantuan segera. Anda boleh membuat panggilan kecemasan ke talian 999 untuk tujuan ini. Jika anda mempunyai rakan atau saudara dan tidak mahu menunggu, segera pergi ke hospital terdekat dengan anda.

5. Kurangkan pergerakkan pada anggota yg dipatuk ular. Memasang anduh atau splint utk mengurangkan pergerakkan adalah amat membantu.

6. Jangan ikat atau pasang torniquet pada anggota badan yg dipatuk ular! Ia tidak membantu merencatkan penyebaran bisa ular. Malah ia menambahkan kesakitan dan jika dibiarkan terlalu lama boleh merosakkan anggota yg terlibat akibat sekatan bekalan darah!


7. Kurangkan pergerakkan mangsa seminima yg boleh. Kekal bertenang sepanjang masa. Ini adalah penting kerana degupan jantung yg laju dan pergerakkan badan yg keterlaluan akan menyebabkan merebaknya bisa lebih pantas dan mungkin menyebabkan ganguan sistemik. Atas sebab ini juga elakkan pesakit terdedah kepada agen2 yg boleh mempercepatkan degupan jantung seperti minum kopi, minuman beralkohol dan rokok.

8. Cuci luka patukan ular itu dengan air yang bersih tanpa menyental atau menggosok2 lukanya. Juga, anggota yg dipatuk ular berkemungkinan akan bengkak akibat bisa ular tersebut. Oleh itu tanggalkan cincin, jam tangan, gelang dll yang mungkin akan tersangkut kelak akibat bengkak yg keterlaluan. Ini juga akan mengganggu pengaliran darah.

9. Jika ular sudah dibunuh, boleh bawa bangkai ular tersebut ke hospital bagi tujuan pengecaman spesies. Ini adalah penting bagi memastikan anti-venom yg tepat dapat diberikan seandainya perlu.
Harus diingat, berhati2 menguruskan bangkai ular tersebut. Walau ia telah mati, kita masih boleh terdedah kepada bisanya seandainya jari kita tertusuk pada taring ular tersebut.

10. Rawatan lanjut akan diberi oleh Pakar Perubatan Kecemasan di Hospital anda.

11. Tidak semestinya setiap gigitan ular memerlukan ubat Antivenom!
DIGIGIT ULAR TIDAK BERMAKNA WAJIB MENERIMA ANTIVENOM!!!

12. Antivenom perlu diberikan hanya pada kes2 yg memenuhi kriteria ketat envenomasi (systemic atau severe local). Ini adalah kerana antivenom itu sendiri mempunyai risiko komplikasi dan kesan sampingan terhadap pesakit dan tidak boleh diberikan sebarangan.

13. Keputusan memberikan ubat antivenom ini hanya akan dilakukan oleh Pakar Perubatan Kecemasan setelah dinilai dengan teliti berdasarkan ilmu dan pengalaman mereka bagi mengurangkan risiko seminima mungkin buat mangsa gigitan ular.

‪#‎KESIMPULAN‬:

1. Cuba utk sentiasa bertenang jika digigit ular.

2. Kurangkan pergerakkan seminima mungkin. Pasang anduh jika perlu.

3. Dapatkan bantuan segera utk ke hospital. HUBUNGI 999 tanpa segan silu.

4. Sila cam kan rupa ular bagi tujuan pengesahan spesies di hospital untuk memudahkan strategi rawatan. Setiap jabatan kecemasan akan mempunyai album dengan galeri gambar ular bagi memudahkan pesakit mengecam jenis ular yg menggigit mereka.

5. Kaedah merawat gigitan ular memang mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Pemerhatian utk kesan envenomasi secara teliti adalah amat mustahak. Jika anda menunggu lama dan mahukan penjelasan sila bertanya kepada doktor atau kakitangan yg bertugas.

p/s:

APA YANG ANDA JANGAN LAKUKAN:

Tolong jangan berselfie ketika mengambil gambar ular tersebut.

Sumber : fb/Penolong Pegawai Perubatan
Dr Abdul Rahman Abdul Kadir
Pakar Perubatan Kecemasan


INFO TAMBAHAN
Penting, anda wajib tahu !!! kita sering mendengar bahawa ada orang yang meninggal dunia kerana dipatuk ular, kala jengking, lipan, atau bahkan hanya kerana terkena paku berkarat. Kejadian seperti sebenarnya bisa dielakkan jika kita dapat melakukan pertolongan pertama jika terkena paku berkarat, atau digigit haiwan berbisa seperti ular, lipan, ataupun disengat kala jengking. Hal yang paling berbahaya dari kejadian seperti itu adalah bisa atau racun yang akan merebak ke seluruh tubuh sehingga bisa menyebabkan kematian. Racun atau bisa tersebut memang dapat segera menyebar mengikuti pembuluh darah. Oleh sebab itu penting bagi kita untuk mengetahui cara pertolongan pertama pada peristiwa dipatuk ular. Pertolongan atau pengendalian yang tepat dapat menghindarkan kematian.


Berikut ini hal hal yang harus dilakukan ketika terkena paku atau digigit haiwan berbisa:

Terus ambil minyak goreng satu sudu makan
Sediakan kapas atau kain kasa steril
Muat korek api / mancis
Gulung kasa / kapas kemudian celupkan sebahagian ujung kasa / kapas tersebut ke dalam minyak goreng
Bakar dengan menggunakan korek api dan biarkan sejenak samapi kasa terbakar.
Cambukkan kasa yang terbakar tersebut ke bahagian tubuh yang terkena paku berkarat atau tergigit ular
Cambukkan 80-10 kali
Hal ini akan memberikan kesan melecur pada bahagian tersebut.



Cara ini adalah untuk menghentikan atau menghalang racun akan merebak, sebab beberapa bisa ular bisa merebak dengan cepat. Jika tidak segera dilakukan pertolongan pertama maka bisa jadi nyawa tak terselamatkan. Setelah melakukan cara di atas langsung bawa mangsa ke rumah sakit terdekat untuk mendapatkan pengendalian perubatan.
 
Back
Top
Log in Register