BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Budak mati ditendang macam bola

Niyang

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,786
Joined
May 13, 2009
Messages
46,786
Reaction score
2,874
Points
261
KUALA KUBU BHARU: “Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin.


DI SINI...Ahmad Fikri menunjukkan tempat Syafia Humairah dibelasah sehingga mati.
PILU...ibu mangsa, Nurhanim (kiri) dan ahli keluarga menunggu di luar Hospital Kuala Kubu Bharu. Ahmad Fikri mendakwa, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga pemandu teksi bukan saja menendang badan kanak-kanak malang itu, malah dia berulang kali memijak kepala mangsa hanya kerana Syafia Humairah masih di luar rumah ketika waktu senja.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, lelaki terbabit ‘naik angin’ apabila anak teman wanitanya itu tidak patuh arahannya supaya pulang ke rumah.


Difahamkan, kanak-kanak malang itu sedang bermain di padang itu sambil menyaksikan beberapa remaja bermain bola sepak sebelum diserang lelaki durjana itu.


Menurut Ahmad Fikri, lelaki terbabit secara tiba-tiba datang memarahi Syafia Humairah sebelum hilang pertimbangan lalu membelasah kanak-kanak itu tanpa belas kasihan.


“Mulanya dia menampar dan menendang budak itu. Apabila mangsa terjatuh, dia memijak kepalanya walaupun menyedari perbuatannya dilihat beberapa remaja yang sedang bermain bola sepak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.


Menurut Ahmad Fikri, selepas lebih 10 minit membelasah kanak-kanak itu, lelaki terbabit beredar dari kawasan berkenaan sebelum orang ramai bergegas memberi bantuan kepada Syafia Humairah.


“Seorang daripada penduduk yang menyaksikan kejadian cuba mengangkat budak itu untuk dibawa ke hospital.


“Namun, belum pun sempat dia berbuat demikian, lelaki terbabit datang semula sebelum mengangkat mangsa memasuki teksinya.


“Dia mendakwa akan membawa sendiri ‘anak tirinya’ itu ke hospital,” katanya.


Ahmad Fikri berkata, berdasarkan pemerhatiannya, kanak-kanak malang itu sudah mati ketika dibawa masuk ke dalam teksi berkenaan.


“Mana tidaknya, saya lihat dia langsung tidak bergerak, sebaliknya muka dan tubuhnya kelihatan pucat seperti orang sudah mati.


Lebih menyedihkan, katanya, lelaki terbabit dilihat masih memukul mangsa ketika berada dalam teksinya.


“Kami (penduduk) bukan tak nak tolong, tapi diugut lelaki berkenaan supaya tidak campur hal keluarganya,” katanya.


Difahamkan, sebaik tiba di Hospital Kuala Kubu Bharu di sini, lelaki itu menyamar sebagai ‘bapa tiri’ mangsa sebelum mendakwa mereka terbabit dalam kemalangan menyebabkan anaknya itu cedera parah.


Ahmad Fikri berkata, dia dan puluhan lagi rakannya yang menyaksikan kejadian itu tidak mungkin dapat melupakan kekejaman lelaki berkenaan.


“Saya berharap pihak berkuasa mengenakan tindakan sewajarnya terhadap lelaki durjana terbabit berikutan kekejamannya itu.


“Saya yakin penduduk di sini sanggup tampil membantu siasatan jika diperlukan pihak berkuasa,” katanya.



~X(~X(:mad::mad:
 
Hari yg menyayatkan hati, pagi2 bc metro... Budak kecik nih ditendang sehingga mati... Dgr Sinar FM hari ni, dorang bukak topik nih.. Mmg ramai yg bagi respon marah,geram dan x bertimbang rasa... Ape punya penduduk stempat leh tgk jerk..? moral rakyat mesia ker tuh?
 
mmg **** DURJANA PUNYA LAKI..HINA MCM ANJING ***** ****..**** **** ****...KO MMG BINATANG
 
buduh btol la sesaper yg ada kawasan situ....kalau jumpa kat aku aku bola-bolakan jer beruk tu!!!
 
Ahmad Fikri berkata, dia dan puluhan lagi rakannya yang menyaksikan kejadian itu tidak mungkin dapat melupakan kekejaman lelaki berkenaan.

hmmm..sampai puluhan orang tapi cuma pakat menonton jerk?
 
Aku sampai skrg rase menyirap kt penduduk setempat x ilang, boleh dorang tgk jerk budak tuh kene belasah... Kalau bdk dewasa rase2 leh terima lagik.. nih budak perempuan kecik.. aarrghhhh...
 
takkan la ramai2 yg dok main bola tu takleh lawan kudrat sorg tu jer?

ikut logik akal...kalau 11 pemain bola (satu team) pakat rempuh org tu...dah konpem terlentang...yg lain boleh la selamatkan budak tu....

ishk...selfish!
 
semangat kejiranan telah terhakis dlm diri masyarakat skrg...

teringat aku masa kecik2....sek rendah...basikal rosak tgh jln on da way nak blk rumah dr aktiviti sukan sekolah...so terpaksa sorong basikal tu blk ke rumah

nak call parents bgtau...masa tu tak ramai yg ada telefon rumah....hp apatah lagi...bila dkt maghrib aku tak smpi2 umah lagi.....sekampung pakat kuar cari...berpecah ikut mana2 jalan shortcut yg ada....

ada yg bermotor, berbasikal, jalan kaki....cina pun turut serta....huhuhuh...punya la risau takut anak jiran mereka ni hilang ke, kemalangan ke...

tp jiran2 sekarang....boleh tgk jer budak sekecik tu kena belasah :mad:

aku rasa, kalau benda tu jd kat kg masa kita kecik2 dulu...mampus dah yg membelasah tu kena belasah ngan org kampung
 
kalaulah aku ada.....sebab aku suka juga main bola...aku juga suka budak - budak. mesti comel budak umur 3 tahun...

dasar penakut.jantan bacul. berani pukul budak kecik je. meh la pukul orang besar macam mana. aku tak peduli. aku nak laki ni dihukum bunuh!
 
Back
Top
Log in Register