wanzex
CG Top Poster Club

- Messages
- 35,552
- Joined
- Jul 12, 2006
- Messages
- 35,552
- Reaction score
- 1,107
- Points
- 191
Budak tiga tahun lemas dalam MPV
KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mati dipercayai lemas ketika bermain seorang diri dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) bapanya di Kampung Batu 9, Jalan Keretapi di Kuala Lipis, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, Mohd Farhan Aiman Mustafa, ditemui dalam keadaan lemah oleh bapanya, Mustafa Majid, 39, di tempat duduk penumpang tengah kenderaannya selepas mencari beberapa ketika apabila menyedari kehilangan anak bongsu daripada lima beradik itu.
Melihat keadaan Mohd Farhan yang tidak bermaya, Mustafa cuba memberi bantuan pernafasan sebelum mengejarkannya ke Hospital Lipis, tetapi disahkan meninggal dunia beberapa minit kemudian. Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata keluarga Mustafa dari Taman Balok Jaya di sini tiba di Kuala Lipis untuk melawat ibunya yang lumpuh separuh badan.