BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~ Budak Lemas Dalam MPV ~

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
Budak tiga tahun lemas dalam MPV

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mati dipercayai lemas ketika bermain seorang diri dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) bapanya di Kampung Batu 9, Jalan Keretapi di Kuala Lipis, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, Mohd Farhan Aiman Mustafa, ditemui dalam keadaan lemah oleh bapanya, Mustafa Majid, 39, di tempat duduk penumpang tengah kenderaannya selepas mencari beberapa ketika apabila menyedari kehilangan anak bongsu daripada lima beradik itu.

Melihat keadaan Mohd Farhan yang tidak bermaya, Mustafa cuba memberi bantuan pernafasan sebelum mengejarkannya ke Hospital Lipis, tetapi disahkan meninggal dunia beberapa minit kemudian. Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata keluarga Mustafa dari Taman Balok Jaya di sini tiba di Kuala Lipis untuk melawat ibunya yang lumpuh separuh badan.
 
Ini kes pelik ni..... takan MPV tu betul2 air seal.....
 
takziah untuk keluarga mangsa.... dan sebagai pengajaran untuk kita semua yang mempunyai anak kecil.. jgn biarkan anak anda bermain seorang diri...
 
adoi.. da besar da.. siannya mak bapak budak ni.. takziah kpd mak ayah mangsa...
 
Last edited:
takziah untuk keluarga mangsa.... dan sebagai pengajaran untuk kita semua yang mempunyai anak kecil.. jgn biarkan anak anda bermain seorang diri...

satu pengajaran dan peringatan yg baik.
takziah juga. :o
 
huh..dlm kburukan mpv der jgk kbaikan nyer..klo udara pn xleh masuk,sah2 nyamuk pn xleh masuk..aku dh sakit ati sgt2 dgn nyamuk nie..bkn pg jer,tgh hari n malam pn ader jgk...

:mad::mad::mad:
 
nape tak lock jer kete tu..

takziah wat kuarga mangsa..sedihnya..
 
huh..dlm kburukan mpv der jgk kbaikan nyer..klo udara pn xleh masuk,sah2 nyamuk pn xleh masuk..aku dh sakit ati sgt2 dgn nyamuk nie..bkn pg jer,tgh hari n malam pn ader jgk...

:mad::mad::mad:

klu ko tido dlm mpv tu...bukan saja nyamuk leh mati, dgn kita2 skali akan kojol. bahaya ne....! :-?:-?
 
Back
Top
Log in Register