BTC USD 86,197.1 Gold USD 4,143.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak cedera digigit kera

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
NOR_DAMIA_KERA_KG_PADANG_MANDOR_1568890115.jpg

NOR Damia Maisara (kiri) cedera selepas digigit kera jantan ketika bersama berjalan Nur Zara Fatia (kanan) di Kampung Padang Mandor, Tumpat, semalam. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.












KANAK-KANAK perempuan berusia tujuh tahun cedera di beberapa bahagian badan akibat digigit seekor kera dalam kejadian di Kampung Padang Mandor, Tumpat, semalam.

Kejadian berlaku pada 6.50 petang ketika mangsa, Nor Damia Maisara Muhamad Yaki bersama adiknya, Nur Zara Fatia, 6, berjalan-jalan di sekitar rumahnya.

Nor Damia berkata, sebelum kejadian dia yang berlari-lari bersama adiknya tidak menyedari berada berhampiran seekor kera jantan diikat di sebatang pokok.

“Mungkin disebabkan terkejut, kera itu tiba-tiba berlari menerkam saya yang berada di belakang adik sebelum menggigit betis kanan.

“Saya segera menjerit meminta tolong sambil cuba melepaskan diri dan menarik kera itu daripada betis sebelum melemparnya.

“Bagaimanapun, haiwan itu semakin agresif dan sekali lagi menerkam saya dengan menggigit lengan kanan sebelum beralih ke kiri dan bahagian kepala menyebabkan saya rebah,” katanya ketika ditemui di Wad Anggerik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, hari ini.

Damia berkata, dalam kesakitan dia terus menepis serangan daripada haiwan itu sebelum terlepas, lalu segera berlari untuk menyelamatkan diri.

Katanya, Nur Zara yang ketakutan melihat keadaannya berlumuran darah segera berlari ke rumah untuk memberitahu bapa mereka.

Damia baru selesai menjalani pembedahan bagi menjahit kecederaan di bahagian lengan kanannya yang agak dalam.

Bapanya, Muhamad Yaki Ariffin, 35, berkata dia berada berhampiran lokasi kejadian sebelum terdengar suara anaknya menjerit meminta tolong dan segera mendapatkan mangsa yang sudah terbaring dan kelihatan lemah.

“Saya mengangkat Damia dan terus dibawa ke Hospital Tumpat sebelum dirujuk ke HRPZ II kerana keadaan lukanya agak dalam.

“Laporan sudah dibuat kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut,” katanya.









sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/498392/budak-cedera-digigit-kera
 
Dulu dulu lewat 80an dan awal 90an kerajaan ada bagi kera subsidi untuk panjat kelapa. Kera free utk orang kampung.
Siapa sempat merasa masa tu
 
GWS.
Bahaya ni,dah injet anti rabies ker...
 
utk panjat kelapa tu nama dia beruk, tak ada org sini pelihara kera utk naik nyok
 
utk panjat kelapa tu nama dia beruk, tak ada org sini pelihara kera utk naik nyok

Zaman dulu ada jer kera yang dibela kat kampung untuk panjat kelapa, sekarang tak tau ada lagi ke tidak.
Tapi skill dia tak boleh lawan skill beruk la.
 
Back
Top
Log in Register