BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Masih Terbayang Insiden Anak Saudara Digigit Anjing

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Wanita Masih Terbayang Insiden Anak Saudara Digigit Anjing​

319b2f6a647dc1b68a5da46aba0c14106a9e85fbce8cb

b2ec6036f34132c310a29bd7e2fa23656a9e8604a6a15


Detik cemas melihat anak saudara terlentang berlumuran darah selepas diserang anjing liar pada Sabtu lepas, masih menghantui fikiran Nurfatin Harun yang menetap di Kampung Tambak, Peserai di sini.

Nurfatin, 23, berkata kejadian berlaku semasa Nur Haira Watikah Mohammad Hamizi yang berusia tiga tahun sedang bermain di anjung rumah sebelum dia mendengar jeritan kanak-kanak tersebut.

Wanita itu berkata melihat mangsa dalam keadaan tidak bermaya dan cedera di seluruh anggota badan sebaik sahaja dia bergegas mendapatkan anak saudaranya.

“Saya yang memangkunya hanya mendengar bunyi nafas cuba memanggil nama Haira dan kami bergegas ke hospital.

“Saya dimaklumkan Haira telah menjalani pembedahan kecil dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru. Kami berharap akan ada perkembangan positif,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Nurfatin berkata Haira berada di kediaman datuknya bersama-sama ahli keluarga yang lain kerana sudah menjadi kebiasaan mereka berkumpul pada setiap musim cuti.

“Kami sekeluarga berharap ada tindakan daripada pihak bertanggungjawab bagi memastikan kejadian menimpa anak saudara saya dan masalah anjing liar tidak berterusan,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan seorang kanak-kanak perempuan menerima rawatan di HSA selepas cedera parah dipercayai akibat diserang sekumpulan anjing.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan, iaitu kecuaian berkenaan dengan haiwan.

 
Back
Top
Log in Register