Emy_Ezra
Super Active Member

- Messages
- 7,750
- Joined
- Sep 2, 2012
- Messages
- 7,750
- Reaction score
- 942
- Points
- 126
![]()
Baru ujian VAPE dan ROKOK sebahagian orang yang mengaku Islam dah jadi macam orang hilang pedoman. Belum lagi diuji dengan kebuluran dan sungai api. Selamatkah iman kita nanti? Wallahua'lam. Semoga semua yang "kenal" Islam dipeliharakan keimanan, ilmu dan akhlak mereka sehingga akhir hayat. Amin.
---
Di Jepun, semasa di Hiroshima, Kyoto dan Kobe, susah nak lihat orang merokok, seolah2 orang Jepun nie tak merokok.
Ada bilik atau ruang khas disediakan untuk perokok, dan kebanyakkan orang hanya merokok diruang yang disediakan.
Kami tanya En Kosaku, suami kepada Pn Akemi, yang menaja penginapan kami di Kobe, adakah orang yang merokok ditempat awam, bukan diruang yang disediakan akan dikenakan denda atau apa2 hukuman?
Dengan nada terkejut En Kosaku menjawab;
"Ehh?.. Tak da apa2 denda! Cuma kurang beradab kalau merokok depan orang ramai. Ada budak2 dan sebagainya. Perokok nie merokok di ruang yang disediakan sebagai menjaga adab yang baik saja. Kalau nak merokok ditengah2 jalan pun, tak da hukuman apa2..Jepun bukan macam Singapura, di Singapura kalau ada yang merokok ditempat awam, akan dikenakan panalti."
Malu nak cerita, di Malaysia, bukan saja orang merokok ditempat awam, malah tempat larangan merokok yang ada signboard denda jika merokok pun tak diendahkan.
Kalau la semua orang Islam tidak merokok.. Alangkah indahnya dunia... Sekurang2nya kita boleh berbangga dan menjadi contoh disitu.. Tapi malangnya hari nie muslimah bertudung labuh pun merokok/vape. Jangan sampai Islam terfitnah sebab perbuatan kita! Nauzubillahiminzalik
source
Perkongsian bersama Dato' Rushdan Noor, Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Ini adalah posting terakhir saya tentang Vape.
Tak mampu dgn perbuatan, tapi hanya mampu dgn menulis, mencari maklumat dan berkongsi dgn sahabat dan orang ramai. Rasanya ini saja yg termampu dilakukan.
Ramai yg merungut mengapa banyak pihak termasuk KKM berlebih2 sgt dgn Vaping, asyik dgn vaping, vaping, sedangkan merokok lagi merbahaya. Mengapa tak buat perkara yg sama pd rokok.
Kepada yg masih belum dapat menerima alasan saintifik dan menolak/ragu2 dgn fatwa yg dikeluarkan, maka saya senaraikan 4 fakta tambahan yang sukar dinafikan oleh orang ramai dan mungkin dgn 4 fakta ini sudah cukup utk menjustifikasikan pengharaman Vape:
1. Belum ada bukti bahawa manfaat vape lebih besar dari mudharat (golongan pro-Vape/ragu2 mahukan bukti mudharat lebih besar dari manfaat).
2. Cecair dalam e-cigarete mudah dicampurkan dgn segala mcm bahan kimia termasuk aldehyde, nitrosamine, nikotin, hydrocarbon dll sehingga kandungannya boleh menjadi jauh lebih tinggi dari rokok. Sedikit masa lagi kita akan lihat anak2 muda mencuba lebih byk lagi campuran bahan kimia dan ubat2an. Ini sudah terbukti berlaku di negara2 lain. Kajian menunjukkan kandungan bahan kimia di dlm wap vape berbeza2 dan meningkat dari masa ke semasa kerana tabiat menambah bahan kimia ke dlm cecair vape. Bagaimanakah agaknya utk dilakukan kawalan dan penguatkuasaan?
3. Penggunaan bateri pd vate boleh mengundang kecederaan yg serius dan lain2 kesan kebakaran kecil atau besar (sila rujuk posting saya yg terdahulu). Pengguna yang berpendapatan rendah akan mencari jalan utk mendapatkan peralatan yg murah.
4. Keujudan Vape menyebabkan ujud persepsi alternatif yg lebih baik dari merokok dan lebih ramai terutamanya kaum wanita, kanak2 dan murid2 sekolah mencuba Vape sehingga ada ibubapa yg sengaja mempelawa vaping kpd anak2. Fenomena ini sgt jelas terbukti di negara2 yg lebih awal menggunakan vape (lihat graf yg dikepilkan). Kita sudah mula menyaksikannya di negara kita.
Dengan 4 fakta di atas, tidak kah terlintas di fikiran kita bahawa vaping berpotensi menjadi salah satu lagi mala petaka kpd masyarakat dan generasi kita yg akan datang? Mengapa kita mahu menunggu sehingga jelas terbukti mudharatnya lebih dari manfaat baru kita bertindak, bimbang pd ketika itu sudah terlambat seperti mana yg kita lihat terjadinya pada rokok dan tabiat merokok pada hari ini.
____________________________________________________________
Utk jawapan tambahan kpd rungutan2 setengah pihak mengapa vaping dibesar2kan dan tidak ke atas rokok (termasuk kenyataan dari Mufti Perlis yang mempertikaikan tindakan membenteras Vape), jawapannya ada di dlm rencana di bawah ini, tulisan Dr.Abd Rahman Kadir, sila baca:
Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh saudara Armand Azha Hj Abu Hanifah, Exco Pemuda UMNO Malaysia yang mengkritik tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan isu vape. Kenyataan beliau itu mencipta persepsi seolah-olah KKM membuat keputusan kerana ada agenda tangan-tangan ghaib. Saya tidak tahu siapakah yang dimaksudkan dgn tangan-tangan ghaib tersebut. Kenyataan yang telah dibuat oleh Ybhg Datuk Dr Lokman Hakim dan YBhg Dato Dr Abdul Razak mewakili bagi pihak Ds Subramaniam Menteri Kesihatan mengeluarkan kenyataan akhbar dalam isu kawalan tembakau, E-rokok dan vaping sudah jelas. (rujuk sidang media di link di bawah)
Ia satu keputusan yang telah dibuat berdasarkan pandangan kesihatan semata-mata. Dato Dr Abdul Razak adalah Pakar Perunding Perubatan Respiratori dan juga Ketua Pengarah Institut Perubatan Respiratori, Kuala Lumpur. Beliau merupakan rujukan kesemua Pakar-pakar Perubatan Respiratori di Malaysia dan suara beliau membayangkan kesatuan para doktor dalam isu vape/ e-rokok. Datuk Dr Lokman Hakim pula adalah seorang Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan juga Pakar Kesihatan Awam. Bermaksud beliau adalah antara penjawat awam tertinggi yang berkhidmat di KKM. Ini adalah pandangan top doctors di Malaysia. Keputusan mereka adalah berpandu kepada hasil kajian WHO dan journal2 perubatan dunia berautoriti lain yang begitu banyak membangkitkan isu vape dengan penagihan nikotin, penyalahgunaan alat vape untuk menghisap dadah tanpa dikesan serta kesan jangka panjang vape yang mengandungi formaldehyde yang diketahui merupakan agen karsinogenik yang boleh mengakibatkan kanser.
Rokok sudah berada lebih dari 100 tahun dan dipasarkan secara bebas di dunia. Ia telah wujud sebelum sebuah negara bernama Malaysia dilahirkan. Satu ketika dahulu, para doktor sendiri tampil sebagai model iklan rokok dengan mengesyorkan brand rokok tertentu berbanding dengan yang lain. Ia merupakan satu kesilapan besar kerana kesan jangka panjang rokok terhadap kesihatan seperti pelbagai jenis kanser, penyakit jantung dan kardiovaskular lain serta seribu satu macam penyakit lain hanya diketahui selepas beberapa dekad dari penggunaan rokok.
Kesan rokok ini terasa hingga kini apabila hampir saban hari pesakit2 hadir ke hospital akibat penyakit yg berkaitan dengan rokok ini. Ia merupakan satu perbuatan yang menzalimi diri sendiri, memberikan impak kepada kos kesihatan dan merugikan wang negara.
Rokok sudah bertapak lama dan membudaya hingga kita tidak ada political will untuk menghentikannya kini.
Adakah kita mahu menambah satu lagi masalah dengan vape/e-rokok pula? Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Jangan apabila nasi sudah menjadi bubur, baru kita menyesal. Jangan kerana perjuangan berlandaskan nafsu, maka kita mengaut dosa kerana turut serta merosakkan generasi manusia di negara kita.
Api apabila dalam keadaan mancis mudah untuk dipadamkan dengan hanya meniupnya. Tetapi jika ia sudah marak seperti kebakaran di hutan, amat sukar untuk kita mengawalnya malah mencetuskan krisis kesihatan dengan jerebu kepada umat terbanyak yg tidak berdosa. Begitulah isu e-rokok ini. Ia menambahkan jumlah penagih nikotin dan malah membudayakan perbuatan ini sebagai aspirasi anak muda hingga kanak2 dan wanita muda juga menggunakannya. Apakah yg sedang kita cuba lakukan? Ia patut disekat pada peringkat awal ini sebelum terlambat.
Nikotin adalah merupakan antara dadah yang termaktub di bawah Akta Racun. Membenarkan penggunaannya utk menghasilkan liquid vape oleh orang ramai akan mendedahkan manusia kepada bahaya. Siapa tahu apa kandungan spesifik liquid tersebut? Justeru itu, nikotin perlu diregulate oleh badan profesional seperti jabatan farmasi bagi mencegah penagihan dan penyalahgunaan. Di US, vape digunakan untuk menghisap Flakka sejenis dadah sintetik yang berbahaya dan mempunyai kesan halusinogen dan menghilangkan pertimbangan akal yang waras. Siapa tahu apakah Flakka, ganja dan lain2 najis dadah dimasukkan di dalam liquid vape sekarang ini? Itulah sebabnya kita perlu mencegah penjualan nikotin secara bebas tanpa regulasi seperti sekarang.
Saya kecewa melihat Pemuda UMNO memperjuangkan isu e-rokok ini sebenarnya. Ia seolah-olah menggambarkan Pemuda memperjuangkan kerosakan dari kaca mata saya sebagai seorang doktor. Saya melihat setiap hari kesan penagihan dadah dan kesan kerosakkan rokok terhadap pesakit2 saya. Tidak adakah agenda yang lebih baik yang boleh diperjuangkan pemuda? Vape bukan aspirasi anak muda! Ia adalah aspirasi penagih muda sebenarnya.
Keputusan KKM untuk merampas cecair nikotin adalah tidak membelakangkan kabinet kerana KKM hanya menggunakan peruntukan Akta Racun sedia ada yang termaktub dalam undang-undang negara. Apakah Pemuda tidak mahu menghormati undang-undang? Apakah mesej yang cuba disampaikan?
Keputusan KKM berkenaan isu ini adalah telus berdasarkan pandangan kesihatan dan perubatan semata-mata. Tolong jangan tuduh kami bermain politik kerana kami hanya penjawat awam yang melihat isu ini dari aspek kemudaratan kesihatan semata-mata. Keputusan YB DS Subramaniam adalah keputusan yang berani yang mencerminkan hasrat para doktor dan warga KKM sebenarnya.
Mencipta persepsi bahawa syarikat gergasi rokok menjadi tangan-tangan ghaib dalam menentukan dasar dan tindakan sebuah kementerian yang terdiri daripada doktor-doktor profesional seperti KKM dalam isu ini adalah tidak patut dan lebih hampir kepada fitnah. Tolong hentikan perbuatan ini melainkan anda boleh mendatangkan bukti.
Apakah selepas ini Pemuda UMNO akan menuduh pula Majlis Fatwa dan mufti-mufti tunduk kepada syarikat gergasi rokok selepas ini dengan mengambil kira ramai para mufti yang sudah menyuarakan pandangan untuk mengharamkan e-rokok/vape?
Dr Abdul Rahman bin Abdul Kadir
Pakar Perubatan Kecemasan
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
sos
DR ZAINUR RASHID ZAINUDDIN
Last edited: