BTC USD 83,981.1 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

buat nasional net 1 giga sendiri

ni kena apply lan punyer package streamyx ke..
klu package biasa tokleh laa kot..heheh
 
maksud internet dari Wikipedia
Secara amnya, internet (singkatan perkataan bahasa Inggeris; inter-network) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.

cuma nak bagi cadangan kot-kot ada teringin nak buat intenet backbone sendiri. Kecik2 dulu lama-lama jadi bukit.

Kemunculan Internet

Rangkaian pusat yang membentuk Internet bermula pada tahun 1969 sebagai ARPANET, yang dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency). Beberapa penyelidikan awal yang disumbang oleh ARPANET termasuk kaedah rangkaian tanpa-pusat (decentralised network), teori queueing, dan kaedah pertukaran paket (packet switching).

Pada 01 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, daripada NCP kepada TCP/IP. Ini merupakan permulaan Internet yang kita kenali hari ini.
Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan merangkaikan kebanyakan daripada rangkaian-rangkaian komputer yang sedia ada.


time 1999 intenet slow guna dial up, , cc penuh dgn kadar bayaran RM 3.00.
tak der orang komplen cam sekarang nie.
 
No no no. Ya, aku agree yang komputer berangkai adalah internet. Tapi internet secara umum bila orang berkomunikasi ialah Internet kerana bukan semua orang ada disiplin utk letak huruf kecil dan huruf besar dan istilah "internet" untuk membawa maksud "Internet" adalah memang diterima umum.

Kita tak perlu nak berangan tinggi kelajuan 1 Giga. Cuma kita perlu fikir sendiri, 10MB punya network card tu mcm dah berkurun kan? Adakah penyedia ISP di Malaysia ni dah provide kelajuan Internet selaju tu kepada umum dengan kadar yang munasabah?

Tak.

10MB pun tak sampai. Apa lagi nak cakap 1000MB.

Dan, kalau internet dlm LAN kita boleh provide antara komputer-komputer dalam LAN dengan belanja kecil. tapi internet dalan ertikata Internet ialah rangkaian antara rumah kita dengan komputer-komputer lain di seluruh dunia dan mampukah kita untuk menyediakan infrastuktur tersebut?

Takdenye kecil-kecil jadi bukit. Memang tak dapat jek.
 
ini cara untuk buat internet 1 giga sendiri dalam kumpulan kecil, rumah, opis,premis, sekolah.
1. mempunyai sekurang-kurangnya 2 pc
2. network card kedua-duanya adalah berkelajuan 1 gb
3. kalau guna wifi/wireles pun lagi baik
4. ada lagi ramai kawan lagi baik
5. satu dikhaskan untuk server/ letak file/ paper/ picture / video
6. satu pc untuk rekod astro . video on demand (vod)
6. nah sekarang anda ada inter net sendiri dengan kelajuan 1gb atau mungkin lebih.

lepastue boleh share main game, share file, nonton video online

untuk mp3/dvd/ video boleh kongsi beli dan letak dalam server atau salah satu pc. ...... boleh juga rekod series, movie kat astro, vod

internet or intranet?
WAN or LAN?
 
aku tak paham niat murni tuan tanah...

cable pakai la CAT6
kalau 2 pc, pakai crossed cable
kalau nak pakai lebih 2 pc, kena pakai router... pastikan router tu, gigabit switch jugak....

Tu la pasal, tajuk punyalah gempaq tapi buat lawak rupanya... move ke section jenaka lebih sesuai.
 
nie sesi nak wat demo apa nie?..
x faham seii..... :))
 
hebat tul tuan tanah..
mane blaja ni..
aku dah jadi technician lama x da pun dgr mcm ni..
huhuhuhuhu
 
Back
Top
Log in Register