BTC USD 83,759.4 Gold USD 4,295.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buah Tunjuk Langit

amat sesuai untuk asma, darah tinggi ,kencing manis, stress
tekanan darah rendah,dapat mengelak denggi ( darah akan jadi agak pahit n nyamuk tak suka ),sembelit,baik utk sistem penghadaman dan yang paling penting adalah sangat mujarab untuk yang dah nak mati pucuk atau lemah tenaga batin.
 
Saya create thread ni untuk perbincangan pasal buah yang penuh berkhasiat ni.
Sesiapa ada pengalaman atau inginkan buah ni boleh post di sini.
Sebiji buah tunjuk langit saya pernah jumpa RM50.00 :)cgrock
Kenapa mahal, sebab khasiat yang ada pada buah tu.
Rasa pahit.
Dah pernah makan :)
Isinya macam buah kuaci.
tapi 10 kali ganda besar

Ini contoh gambar
rakbuah2.JPG

huh aku dah kena skali cukup la ,pahit dia xleh tahan makan gula 1 kilo pun x hilang ,(bapak aku kasi dia ckp kuaci :(scam
 
Buah Tunjuk Langit ni memang baguuss sey..
Ia lebih baik 3 kali ganda dari khasiat Tongkat Ali.
Kebanyakan Pokok Mahogani (Tunjuk Langit) ni boleh didapati kat sepanjang highway Plus.
Kat dalam KL nih pun ada Pokok Mahogani ni... Kelebihan ia ditanam di dalam bandar ni kerana ia menyahtoksid udara persekitaran kita. Sebab tu kita boleh sedut udara segar tanpa bau toksid yang berbahaya.
 
Nak jadi cerita buah pokok ini (Tunjuk Langit) ada anti-body yg kuat. Sebab tu buahnya tak dimakan oleh mana2 binatang atau serangga.

Sejak zaman nenek moyang kita lagi, khasiat pokok mahogani digunakan sepenuhnya untuk merawat penyakit.

Cuma kebanyakan buah tunjuk langit yang kita dapati hari ni tidaklah sesegar dan sekhasiat seperti yang diperkatakan dulu...

Ini kerana, kebanyakan buah tunjuk langit ini di'kutip' sebarangan. Kebanyakan mereka mengambilnya di tepi jalan, highway, dan di belakang rumah mereka sendiri...

Khasiat sebenar buah tunjuk langit ini boleh didapati di dalam tengah-tengah hutan sana tu. Mereka panjat pokok mahogani setinggi 40kaki. kemudian dipetik bukan dikutip dari bawah. Itu sebablah harga buah mahogani ni boleh mencecah sehingga RM50 sebiji.
 
teringin nak rasa buah ni...
 
Buah Tunjuk Langit ni memang baguuss sey..
Ia lebih baik 3 kali ganda dari khasiat Tongkat Ali.
Kebanyakan Pokok Mahogani (Tunjuk Langit) ni boleh didapati kat sepanjang highway Plus.
Kat dalam KL nih pun ada Pokok Mahogani ni... Kelebihan ia ditanam di dalam bandar ni kerana ia menyahtoksid udara persekitaran kita. Sebab tu kita boleh sedut udara segar tanpa bau toksid yang berbahaya.

free trial ada kee??
 
Back
Top
Log in Register