Buah nie memang pahit tapi berkesan dan banyak khasiatnya terutama kepada pengidap penyakit kencing manis. Saya ada jual yang mentah dan juga yang telah dikapsulkan. Cara makannya kopek kulit dan telan, tapi ada beberapa orang yg telah mencuba mengatakan kalau dikunyah atau ditumbuk hingga hancur then guna sudu untuk masukkan ke dalam mulut. Kebiasannya kesan paling awal ialah masa buang air kecil dan air besar. Memang ada beza, sesiapa yg suka makan makanan yang berminyak tu, akan nampak perbezaannya. Tapi bila amalkan makan buah tunjuk langit nie kena banyak minum air kerana badan akan terasa panas dan mudah berpeluh. So kepada sesiapa yg tak boleh tido malam kalau panas, makanlah buah nie selepas breakfast atau waktu siang. Tapi yang seeloknya, kalau nak cuba makan ialah masa hujung minggu. Kerana ada sesetengah yang telah mencuba, kesan utama ialah kerap buang air besar. So jika percubaan pertama dan menunjukkan kekerapan buang air besar, jadi pandai2 ler adjust masa makan, takut ada yg tgh meeting atau tgh seminar ke duduk kat dalam washroom sampai sudah . . . Selamat mencuba . . .
