BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Brontok - Virus Baru

Hoho

Aper susah sangat korang nih
Jangan di usik brontok tu udah ler..
amalkan petua:-
Lu tak kacau gua ,Gua tak kacau lu
Abis cerita.. Pegi attack orang lain :-D
 
Hoho

Lu tengok nanti pc mesti jadi laju..
sasaper yang memerlukan services untuk format..
gua boleh..cuma ongkosnya.. hehe :D
 
news cutting TODAY..01/06/06

WORM_RONTKBR ­merebak ke seluruh Asia

KELUARGA virus WORM_RONTKBR.GEN, termasuk WORM_RONTOKBRO dan WORM_BRONTOK yang dijumpai pada tahun lalu didapati terus merebak di rantau Asia menerusi mel elektronik (e-mel).

E-mel yang mengandungi virus itu akan memperdayakan pengguna de­ngan menyediakan ikon palsu Windows yang mana sebaik saja mereka mengklik ikon berkenaan, maka ia akan mengaktifkan virus itu dan pada masa yang sama fail My Documents dibuka untuk menyembunyikan virus terbabit.

Penyelidik Kanan Antivirus Trend Micro, Jamz Yaneza, berkata virus keluarga BRONTOK / RONTOKBR sukar dikendalikan kerana mereka akan menghidupkan semula sistem komputer jika ia dapat mengesan sebarang perubahan pada registry untuk menghalang operasi memadamkan atur cara secara manual.

“Pada masa yang sama virus ber­kenaan akan mengubah fail Hosts dengan menghalang pengguna daripada menerima bantuan daripada laman web syarikat antivirus dengan mengubah arah trafik data kepada laman web pencipta virus itu,” jelasnya.

Mengikut analisis yang dijalankan Trend Micro, wujud 26 varians virus berkenaan yang mencatatkan sebanyak 15,8856 jangkitan. Thailand, China, Taiwan dan Jepun adalah antara negara yang paling tinggi dijangkiti virus ber­kenaan manakala Malaysia dan Indonesia mencatatkan peningkatan tertinggi.

Sebanyak 13 varians kini sedang merebak di China dengan virus WORM_RONTOKBRO.D disifatkan amat serius. Ia memiliki ciri tambahan iaitu ketiadaan teks pada badan e-mel manakala pada masa yang sama melampirkan fail Kangen.exe yang menyamar sebagai ikon IE. Virus ini menggunakan Microsoft Job Scheduler untuk menghidupkan dirinya secara automatik.

Taiwan tidak ketinggalan, apabila 10 varian dikenal pasti me­rebak di Taiwan dengan virus jenis WORM_RONTOKBRO.B mencatatkan jangkitan tertinggi. Virus ini mengubah Folder options daripada toolbar IE dan menyebabkan sistem komputer terhenti apabila dihidupkan, pengguna perlu menekan kekunci untuk meneruskan operasi dan pada masa ini, virus itu dihidupkan.

Virus yang biasa didapati di Malaysia ialah jenis WORM_RONTOKBR.AT, yang menghalang pengguna daripada melawat 366 laman web, yang mana sebahagian besar adalah berkaitan dengan syarikat perisian antivirus.

Thailand ketika ini menghadapi serangan daripada sembilan varians virus dan yang terbesar ialah WORM_RONTOKBR.AT manakala virus WORM_RONTKBR.GEN turut dikesan.

Trend Micro berkata, virus keluarga ini agak sukar dikesan kerana ia menghalang operasi sistem dalam Registry Editor dan Pengurus Tugasan serta pada masa yang sama menghidupkan semula sistem jika ada kesempatan.

Virus varian ini memanfaatkan Protokol Pertukaran mel Mudah (SMTP) untuk menggandakan dirinya. Sebagai tambahan, ia dapat mengumpulkan alamat e-mel dengan mencari sistem yang sudah dijangkiti daripada fail seperti ASP, CSV, DOC, EML, HTM, PHP, TXTatau WAB

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Komputer/20060531080305/Article/
 
mmg bahaya virus ni!! aku pakai avg . ok jer.
alhamdulillah
 
Lap top aku dah kena pada 21 Mei hari tu...
Aku dah reformat lap top aku...
Letih gak kena virus ni....
Kini lap top dah macam anak dara....
smooth je.... :badgrin: :lol: :badgrin: :lol:
 
Ini pandangan aku lah ok berdasarkan percubaan sendiri. Kalau korang set modem korang jadi router, masalah virus/worm ni akan berkurangan (khusus utk pengguna Streamyx). Kalau tak percaya, mula-mula korang install Zone Alarm Firewall dan dial Streamyx. Banyak sahaja alert akan keluar (default install, kalau ada connection luar dia akan pop up). Bila sahaja aku set modem jadi router (utk sesetengah modem ada function ni, tak semua) - less alert yang aku dpt sebab built in firewall function pada router berkenaan.

Alhamdulillah, aku tak kena Brontok (tak pernah kena dan tak nak kena). Kalau mahukan perbincangan utk set modem jadi router, insya Allah aku bantu setakat termampu.
 
zolympus said:
Ini pandangan aku lah ok berdasarkan percubaan sendiri. Kalau korang set modem korang jadi router, masalah virus/worm ni akan berkurangan (khusus utk pengguna Streamyx). Kalau tak percaya, mula-mula korang install Zone Alarm Firewall dan dial Streamyx. Banyak sahaja alert akan keluar (default install, kalau ada connection luar dia akan pop up). Bila sahaja aku set modem jadi router (utk sesetengah modem ada function ni, tak semua) - less alert yang aku dpt sebab built in firewall function pada router berkenaan.

Alhamdulillah, aku tak kena Brontok (tak pernah kena dan tak nak kena). Kalau mahukan perbincangan utk set modem jadi router, insya Allah aku bantu setakat termampu.
Wah.... bagus tu...
macam mana nak install?
Aku guna streamyx ni......
 
Dah lebih 5 tahun dah aku pakai AV kaspersky..
setakat ni alhamdulillah..
habis sume dia tendang brontok ke apa ke ..
yang penting laptop aku clean..

Install Zone Alarm Firewall yang disyorkan oleh Zolympus ok gak tu...
mencegah lebih baik dari mengObati..
 
Back
Top
Log in Register