aku tak suka tmnet.
1. customer service teruk, bodoh, kurang ajar dan suka menipu (habitual liars, they lie as they breathe).
2. antara Tmnet dan Telekom ada masalah komunikasi. hati2 kalau masalah anda melibatkan kerjasama staff di tmnet dan staff telekom di exchange tempatan, bersedia untuk kehilangan akses selama sebulan.
3. tidak beretika. misrepresentation dalam iklan, mengkhianati janji2 yang dibuat sendiri. contoh : kes throttling untuk p2p padahal dalam iklan disebut keistimewaan tmnet adalah untuk p2p (memperbodohkan customer). lagi satu kes adalah traffic shaping berdasarkan waktu, tidak kira anda di mana sekalipun traffic paling laju sekitar pukul 4/5 pagi hingga pukul 8 membuktikan trafik slow bukan kerana pengguna di exchange anda aktif atau tidak, tapi mereka kawal bandwith secara berpusat, pukul rata.
4. tmnet jadi anjing kerajaan dan mengamalkan censorship. padahal akta multimedia dan komunikasi 1998 tidak membenarkan censorship. beberapa domain telah di blacklist, dan ini bukan sahaja domain2 website hyip tapi termasuk juga website2 yang mengecam tmnet secara terbuka membuktikan ianya bukan sahaja arahan daripada kerajaan tapi melibatkan agenda busuk peribadi tmnet.
kalau nak ikut garispanduan MCMC (seperti diperuntukan oleh akta multimedia dan komunikasi 1998 ke atas MCMC) tmnet tak layak renew lesen sebagai broadband provider. tahap kualiti servis teruk gila. jangan diperbodohkan dengan klausa "best effort" dalam perjanjian. dalam guideline MCMC ada dengan detail apa tahap service minimum sebuah broadband provider.
ya betul, kita bukan melanggan leased line untuk menikmati guaranteed bandwith 1mbps all time. tapi kita tak bodoh. ada had minimum yang harus dipuaskan oleh tmnet. guideline MCMC sangat terperinci antaranya termasuk takfiran "waktu sibuk" dan tahap servis pada waktu2 tersebut serta sela masa. malahan latency pun ada nilai diperinci minimumnya.
jika anda kehilangan akses selama sebulan, anda tetap kena bayar akses bulan tersebut kalau tak mahu dipotong. hanya selepas itu anda boleh membuat aduan supaya direfund. dan prosese merefund boleh ambil masa dari 2 bulan sehingga 4 bulan. itu duit anda, bukan duit mereka untuk mereka simpan lama-lama. pernah jadi satu kes di terengganu ada satu company ni speed streamyx dia lebih slow dari dialup sehingga dikira takleh pakai langsung, lebih setahun tetap tak selesai. untuk refund mereka disuruh bayar dulu bil yang dah lebih rm1k untuk servis yang sama macam takde. kos dial-up dia siapa nak tanggung. sila google untuk cari aduan brader tersebut. kalau tak salah aku complaint tersebut adalah untuk ruangan di surat khabar.
diorang jugak ada masalah komunikasi antara sesama department dalam tmnet. support staff yang memang dah bangang macam keldai jangan diharapkan kalau anda memerlukan info dari tech.
jika anda berharap anda dapat bercakap dengan pengurus mereka, encik sai dan encik sathiar, berhenti berharap. seorang tech yang poyo kata "encik xxx, saya beritahu sebagai kawan la ya, kalau mereka jawab panggilan customer, mereka bukanlah manager". jawapan paling bodoh boleh diberikan oleh seorang support. bravo tmnet support, anda memang bodoh.
jika anda bermasalah dengan sistem IVR nombor 1300 mereka, jangan buang masa untuk complaint, dan jangan buang kredit untuk contact mereka guna handphone maxis/digi. mereka terlalu dungu untuk menerima kenyataan bahawa IVR mereka memang pekak jika anda menggunakan sesetengah nombor talian tetap. anda boleh telefon 103, atau hotline macdonalds atau pizza hut, tapi robot mereka tetap pekak. jawapan standard "orang lain telefon ok jer". itu la namanya bodoh, bodoh sombong. aku pun tak bodoh. aku pun pernah try dari nombor lain (boleh) dan try telefon ivr sistem orang lain dari nombor aku (pun boleh). maknanya IVR diorang tu ada something wrong la. even operator tmdirectory pun tahu sebab banyak orang tanya nombor non-1300 tmnet. believe it or not, for the whole tmnet there's only one external phone number accessible by it's customer. kalau company mat salleh diorang dah gabra bila customer mengadu susah nak contact diorang.
kalau tmnet baca benda ni dan nak saman, silakan. aku memang dah lama panas dengan tmnet. busuk punya company. penuh pembohong dalamnya.