BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BRICS bantu kukuhkan ringgit - PMX

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
BRICS bantu kukuhkan ringgit


GAMBAR HIASAN
PADA minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan dalam satu temu bual dengan media China, Guancha dari Shanghai bahawa Malaysia bersedia menyertai kumpulan BRICS yang ditubuhkan pada 2006.

Nama BRICS diperoleh berdasarkan kepada negara-negara yang awal menanggotainnya iaitu Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan.

Ia kemudian diperluaskan apabila Iran, Mesir, Emiriyah Arab Bersatu dan Habsyah menjadi anggota terbaharu, manakala Arab Saudi yang belum menganggotainya menghantar Menteri Luar, Putera Faisal Farhan menghadiri mesyuarat di Russia pada awal bulan ini.

Bagaimanapun, kesediaan menyertai BRICS itu dibuat ketika nilai ringgit jatuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), namun pakar-pakar ekonomi menganggap jika Malaysia menanggotainya, ia boleh mengukuhkan mata wang negara.

Kumpulan itu tidak menggunakan dolar AS dalam perdagangan sebaliknya mengutamakan mata wang negara-negara anggota.

Pakar ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Profesor Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, beliau menyokong penyertaan negara kerana ia mengikut perkembangan semasa.

Menurutnya, negara ini bakal mendapat faedah yang lebih baik dalam perdagangan dengan negara-negara BRICS kerana Malaysia akan menggunakan ringgit.

“Kita dapati selama ini dolar AS telah menjadi rizab yang paling penting (dalam Malaysia) dan ini akan berubah (jika menyertai BRICS) tetapi, jika dolar AS runtuh, rizab dalam mata wang itu tidak bernilai lagi.

“Kita boleh kurangkan rizab tunai kita daripada dolar AS,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Menjelang 14 Jun lalu, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) naik kepada AS$114.1 bilion (RM536.92 bilion) berbanding AS$113.6 bilion (RM534.55 bilion) yang dicatatkan pada 31 Mei 2024.

Beliau bersetuju dengan Anwar yang menyatakan bahawa walaupun banyak pelaburan dibawa masuk ke dalam negara tetapi nilai mata wang dalam negara masih lagi tidak stabil berbanding dolar AS.

Pada tahun lalu, Malaysia berjaya meraih pelaburan bernilai RM329.5 bilion iaitu yang tertinggi sejak penubuhan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia pada 1967.

Seorang lagi penganalisis ekonomi dari Pusat Antarabangsa Untuk Pendidikan Kewangan Islam, Profesor Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, BRICS merupakan satu kesatuan yang dapat mengimbangi kuasa Eropah dan juga Amerika.

“Bagi saya, ini adalah sesuatu yang amat berpotensi untuk negara kita apatah lagi Malaysia ini adalah sebuah negara yang agak terbuka perdagangannya.

“Kita memerlukan pasaran yang baharu. Kita juga memerlukan penawaran barangan. Sebagai contoh, Brazil adalah pengeksport makanan halal yang terbesar di dunia.

“Jadi, saya melihat Malaysia yang akan menyertai BRICS ini sebagai satu kesatuan yang boleh melonjakkan lagi perdagangan baik dari segi hala tuju eksport Malaysia mahupun sebagai negara sumber untuk barangan import.

Menurutnya, ketika ini dolar AS menjadi ‘kuat’ kerana banyak negara di dunia yang menggunakan mata wang itu.

“Jadi, sebagai contoh, (jika menyertai BRICS), ketika mengeksport ke Brazil, kita menggunakan mata wang kita. (Jika) kita mengimport dari Brazil, kita menggunakan mata wangnya. Jadi, kedua-dua negara saling mendapat manfaat,” katanya. -KOSMO! ONLINE
 
Rasanya memang tak ada pilihan kena join BRICS

Hutang US

us.png


boleh tgk sini https://www.usdebtclock.org/

sekarang banyak negara tolak USD, tinggal masa nak melingkup je. Rasanya US memang tak akan diam diri la, mungkin akan ada WAR. sekarang pun US fikir tentang tengkuk dia je, dia transfer kesengsaran dia kepada negara lain yang guna USD.
 
Semejak 50 tahun lepas Export terbesar USA adalah matawang mereka iatu semejak perjanjian petrodollar dengan arab Saudi.

Memang tepat pada masanya kerana perjanjian petroldollar di antara arab Saudi dan USA berakhir pada awal june 2024. Jadi sekarang arab Saudi tidak lagi terikat dengan perjanjian petrodollar arab Saudi USA.

Tapi adakah USA akan membiarkan sahaja arab Saudi menghentikan penggunaan usa$ untuk sebarang urusan penjualan petrol?

Adakah raja arab Saudi juga akan dibatalkan atauoun di musnahkan oleh USA jika arab Saudi menyertai BRICS?
 
Back
Top
Log in Register