Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,629
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,629
- Reaction score
- 7,745
- Points
- 916
24.09.2026 - Idrus, abang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggal dunia hari ini. Anwar menerusi Facebook berkata, dalam perjalanan pulang ke Malaysia, beliau menerima khabar yang meruntun jiwa bahawa abangnya, Idrus Ibrahim, telah pergi buat selama-lamanya.
"Sukar untuk saya ungkapkan rasa kehilangan ini apabila seorang sosok yang berkongsi begitu banyak kenangan sepanjang perjalanan hidup kini telah tiada, dan hanya Allah SWT yang tahu betapa beratnya hati menerima kenyataan ini. Terkilan kerana tidak sempat berada di sisi pada saat-saat akhirnya, namun saya reda meski hati ini masih cuba menerima sebuah perpisahan yang tidak pernah kita bersedia untuk hadapi," katanya.
Perdana Menteri berkata, beliau berterima kasih atas segala kenangan dan kebaikan yang ditinggalkan dan semuanya akan kekal terpahat dalam ingatan dan hati. Mohon teman-teman titipkan doa buat Allahyarham Idrus Ibrahim, semoga Allah SWT mengampuni segala khilafnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.