Assalamualaikum...
disebalik berselindung di sebalik pemberian bil air percuma bg
penggunaan yg tertentu, Selangor di bawah PR teros menekan
dan menindas rakyatnya yg berpendapatan rendah..
Sewa bagi rumah2 dibawah Program Perumahan Rakyat telah dinaikkan
sekali ganda(lebih 100%) daripada RM124 ke RM 250 sebulan..
Kesian.. pandai wayang betoi Khalid dan Exco2nya nih...
Manifesto semua hampess..
Janji mmg mudah, tp apa guna jika dimungkiri..
Baru Khalid nak tau, bukan senang nak manage negeri, nak amik tindakan populis bukan susah, tp nak menanggung beban, nak generate income utk menjalankan pemerinthan terpaksa la depa perah lebih hasil keringat org berpendapatan rendah..
sungguh kejamm... kejam skali Selangor menindas rakyat esp
yg kurang kemampuan...
PR di Selangor.

Petikan Berita Penuh...
Naik Sewa PPR Lebih 100 Peratus, Kerajaan Selangor Tipu Rakyat Lagi
Oleh S.A Najmuddin
Selayang -- Sudahlah banyak janji-janji pilihanraya umum lalu masih gagal dilaksanakan, kini rakyat khususnya yang kurang berkemampuan dihimpit pula dengan kenaikan kadar sewa rumah yang melampau.
Inilah yang dialami lebih 200 keluarga dari Program Perumahan Rakyat (PPR) yang berdepan kenaikan sewa rumah lebih 100 peratus yang dikenakan kerajaan negeri Selangor.
Jika dulu mereka hanya membayar hanya RM124 sebulan kini mereka dikenakan bayaran sebanyak RM250.
Mengulas perkara tersebut Ketua Pemuda UMNO Selangor, YB Shukor Idrus berkata inilah makna negeri kebajikan seperti mana yang dilaung-laungkan parti pembangkang semasa pilihanraya umum lalu.
Ternyata kata beliau atas dasar prihatin dan mahu memberi kebajikan kepada rakyat, kerajaan negeri sewenang-wenangnya menaikkan kadar sewa rumah penduduk yang mendiami projek PPR.
Tegasnya kenaikan lebih 100 peratus terhadap penyewa rumah terbabit adalah satu bentuk penganiayaan dan penindasan kepada golongan miskin bandar tersebut.
"Setahu saya mereka yang mendiami rumah tersebut adalah sebahagian besarnya terdiri daripada penduduk setinggan yang mengikuti projek perpindahan anjuran kerajaan negeri ketika Barisan Nasional (BN) memerintah dulu.
"Kerajaan BN dulu mengenakan kadar sewa yang cukup rendah yang dianggap mampu dibayar oleh penduduk terbabit.
"Dan dengan tindakan kerajaan negeri untuk menaikkan kadar sewa berkenaan daripada RM124 kepada RM250, kita melihat ianya satu penganiayaan jauh dari konsep negeri berkebajikan yang dilaung-laungkan", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas bantahan penduduk PPR Syeksen 8, Kota Damnsara terhadap tindakan kerajaan negeri menaikkan kadar sewa rumah daripada RM124 kepada RM250.
Shukor yang juga ADUN Kuang seterusnya berkata jika kerajaan negeri mahu menambah sumber hasil pendapatan, mereka sepatutnya mencari alternatif lain yang difikirkan sesuai.
"Adakah mereka hanya memikirkan jalan singkat untuk menambah kantung kewangan negeri. Fikirkanlah kepentingan dan kebajikan rakyat.
"Dulu masa kempen pilihan raya, macam-macam slogan berkebajikan dihamburkan...namun hari ini lain pula jadinya", ujar beliau.
Justeru beliau yakin keadaan ini menambahkan lagi koleksi pembohongan kerajaan negeri di bawah pemerintahan pakatan pembangkang yang jelas telah mengkhianati kepercayaan rakyat.