BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nak tawan Selangor? PAS dicabar bentang belanjawan alternatif

afwan83

Active+ Member
Messages
3,296
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,296
Reaction score
12
Points
25

Nak tawan Selangor? PAS dicabar bentang belanjawan alternatif​

711416c0-0cd7-41a6-aa6b-937390d32b8a-Mohammad-Shahrul-Adnan-fbpic-170826.jpg

Timbalan Ketua Pemuda PKR Selangor Mohammad Shahrul Adnan berkata PAS perlu menjelaskan tawarannya kepada rakyat jika benar-benar mahu mengambil alih pentadbiran negeri itu. (Gambar Facebook)

Timbalan Ketua Pemuda PKR Selangor, Mohammad Shahrul Adnan, berkata PAS perlu menjelaskan tawarannya kepada rakyat jika benar-benar mahu mengambil alih pentadbiran negeri itu.

Katanya, hasrat Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Sanusi Nor, menjadikan Selangor sebagai ‘titik mula’ menumbangkan PH perlu disusuli pelan pentadbiran yang jelas.

“Menjadi kerajaan bukan sekadar mempunyai jentera pilihan raya atau memenuhi pentas ceramah, tetapi memerlukan kemampuan mengurus hasil negeri, pembangunan, pelaburan, perumahan, pengangkutan, infrastruktur, peluang pekerjaan dan kebajikan rakyat,” katanya kepada FMT.

Sabtu lalu, ketika berucap pada Himpunan Jentera Pilihan Raya PAS Selangor, Sanusi berkata parti itu mahu menjadikan Selangor sebagai ‘titik mula’ untuk menumbangkan PH dan seterusnya kerajaan di peringkat persekutuan pada PRU16.

Shahrul berkata, PAS yang mempunyai wakil dalam DUN Selangor boleh menggunakan kedudukannya sebagai pembangkang untuk mengemukakan alternatif kepada dasar kerajaan negeri.

“Kalau belanjawan alternatif pun malas nak buat, tak perlulah sembang mahu tawan Selangor,” katanya.

Beliau turut mencabar PAS membandingkan rekod pentadbiran negeri yang ditadbir parti itu dengan Selangor jika Sanusi mahu prestasi kerajaan negeri dibandingkan.

Katanya, langkah itu membolehkan rakyat membuat penilaian berdasarkan angka dan pencapaian, bukan sekadar dakwaan politik.

Shahrul berkata, Selangor kini melaksanakan Rancangan Selangor Kedua (RS-2) 2026-2030 yang memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi, peningkatan pendapatan rakyat dan tarikan pelaburan.

“Rakyat Selangor mahu tahu apa yang PAS mampu lakukan lebih baik, bukan sekadar mendengar siapa yang PAS mahu tumbangkan,” katanya.

Katanya, PAS juga perlu menjelaskan bagaimana parti itu mahu meningkatkan hasil negeri, menarik pelaburan bernilai tinggi, menyediakan pekerjaan bergaji tinggi serta menangani isu perumahan, banjir, pengangkutan dan kos sara hidup.

Menurutnya, Pemuda PKR Selangor tidak gentar dengan hasrat PAS dan PN, namun mahu persaingan politik negeri itu ditentukan berdasarkan dasar, prestasi dan penyelesaian kepada masalah rakyat.

“Tidak ada tempat untuk politik perkauman di Selangor. Kita boleh bertarung mengenai dasar, ekonomi dan rekod pentadbiran.

“Kalau PAS mahu menawan Selangor, lawanlah dengan idea, dasar dan prestasi. Jangan cuba menawan Selangor dengan sentimen yang memecah-belahkan rakyat,” katanya.
 
“Menjadi kerajaan bukan sekadar mempunyai jentera pilihan raya atau memenuhi pentas ceramah, tetapi memerlukan kemampuan mengurus hasil negeri, pembangunan, pelaburan, perumahan, pengangkutan, infrastruktur, peluang pekerjaan dan kebajikan rakyat,” katanya kepada FMT.
 
Realitinya nk jadi kerajaan sekarang ni yg diperlukan adalah UNDI dan SOKONGAN yg mencukupi, yg mana yg tu lah yg PKR/PH tgh kemarau.
 
Pandai buat paperwork budget bukan syarat jadi kerajaan. Sapa menang undi dan dapat banyak kerusi, itulah yang akan naik jadi kerajaan......hahahahahahahaha
Syarat ni aku rasa applicable dalam PRU17 nnt. Kalau PRu16 ni syarat utama adalah nak tendang DAPig dari Putrajaya. Sentimen yg sama yg UMNO BN rasa masa DSNR dulu, sentimen nak tendang DSNR dari Putrajaya.
 
Selangor ni hasil negeri byk sbb plot tanah pembangunan dan kediaman tinggi.

Tapi tu lah ad gak yg tak blh beza hasil kerajaan negeri, hasil federal dgn PBT kat Negeri selangor. Tiba-tiba nak Claim selangor byk pelaburan fdi✌️

1000393895.jpg
 
Syarat ni aku rasa applicable dalam PRU17 nnt. Kalau PRu16 ni syarat utama adalah nak tendang DAPig dari Putrajaya. Sentimen yg sama yg UMNO BN rasa masa DSNR dulu, sentimen nak tendang DSNR dari Putrajaya.
Tengok je lah apa nak jadi dengan sistem demokrasi dalam Malaysia ni.

Paling worst pun, kalau sistem demokrasi persekutuan ni gagal nak maintain, negara dibubar, dan balik kepada negeri masing-masing sebab setiap negeri ada Sultan dan Raja.....orang Kedah balik ke Kedah, orang Selangor balik ke Selangor, orang N9 balik ke N9.....semua duduk bawak monarki semula macam Brunei......huhuhuhuhu
 
Takda makna nya. Ini negara centalized lah. Haha.

Kuasa dah tertakluk pada federal walaupun ada hak negeri sekalipun.
 
Tengok je lah apa nak jadi dengan sistem demokrasi dalam Malaysia ni.

Paling worst pun, kalau sistem demokrasi persekutuan ni gagal nak maintain, negara dibubar, dan balik kepada negeri masing-masing sebab setiap negeri ada Sultan dan Raja.....orang Kedah balik ke Kedah, orang Selangor balik ke Selangor, orang N9 balik ke N9.....semua duduk bawak monarki semula macam Brunei......huhuhuhuhu
Takda makna nya. Ini negara centalized lah. Haha.

Kuasa mutlak dah tertakluk pada federal walaupun ada hak negeri sekalipun.
 
Back
Top
Log in Register