BTC USD 82,537.9 Gold USD 4,171.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bravo Selangor Sempoii !!!!

yg penting kesedaran rakyat memilih pemimpin @ parti
yg benar2 telah berhidmat utk rakyat terutamanya
yg telah ada track record yg cemerlang dlm mentadbir negara yg gemilang..

jgn baru dengar guruh di langit, ayaq kat tempayan kita dah curah buang..

bila da anak jati selangor yang menjawab...dah tak da idea..guna ayat2 manis je la kan...:eek::eek::eek::eek:
 
nak sewa umah murah pi dok kedah laaaa

awat hai??? Apa kena mengena dengan kedah lak???:-?:-? murah sangat ka tanah kat kedah tu?

Setahu aku, kedah la ni bertambah maju dibawah pemerintahan ustaz azizan. Habih satu2 kes rasuah kat kedah dia hunggah...:D
 
Assalamualaikum...

disebalik berselindung di sebalik pemberian bil air percuma bg
penggunaan yg tertentu, Selangor di bawah PR teros menekan
dan menindas rakyatnya yg berpendapatan rendah..

Sewa bagi rumah2 dibawah Program Perumahan Rakyat telah dinaikkan
sekali ganda(lebih 100%) daripada RM124 ke RM 250 sebulan..

Kesian.. pandai wayang betoi Khalid dan Exco2nya nih...

Manifesto semua hampess..
Janji mmg mudah, tp apa guna jika dimungkiri..

Baru Khalid nak tau, bukan senang nak manage negeri, nak amik tindakan populis bukan susah, tp nak menanggung beban, nak generate income utk menjalankan pemerinthan terpaksa la depa perah lebih hasil keringat org berpendapatan rendah..

sungguh kejamm... kejam skali Selangor menindas rakyat esp
yg kurang kemampuan...

PR di Selangor.:(scam:(scam:(scam




Petikan Berita Penuh...

Naik Sewa PPR Lebih 100 Peratus, Kerajaan Selangor Tipu Rakyat Lagi

Oleh S.A Najmuddin

Selayang -- Sudahlah banyak janji-janji pilihanraya umum lalu masih gagal dilaksanakan, kini rakyat khususnya yang kurang berkemampuan dihimpit pula dengan kenaikan kadar sewa rumah yang melampau.

Inilah yang dialami lebih 200 keluarga dari Program Perumahan Rakyat (PPR) yang berdepan kenaikan sewa rumah lebih 100 peratus yang dikenakan kerajaan negeri Selangor.

Jika dulu mereka hanya membayar hanya RM124 sebulan kini mereka dikenakan bayaran sebanyak RM250.

Mengulas perkara tersebut Ketua Pemuda UMNO Selangor, YB Shukor Idrus berkata inilah makna negeri kebajikan seperti mana yang dilaung-laungkan parti pembangkang semasa pilihanraya umum lalu.

Ternyata kata beliau atas dasar prihatin dan mahu memberi kebajikan kepada rakyat, kerajaan negeri sewenang-wenangnya menaikkan kadar sewa rumah penduduk yang mendiami projek PPR.

Tegasnya kenaikan lebih 100 peratus terhadap penyewa rumah terbabit adalah satu bentuk penganiayaan dan penindasan kepada golongan miskin bandar tersebut.

"Setahu saya mereka yang mendiami rumah tersebut adalah sebahagian besarnya terdiri daripada penduduk setinggan yang mengikuti projek perpindahan anjuran kerajaan negeri ketika Barisan Nasional (BN) memerintah dulu.

"Kerajaan BN dulu mengenakan kadar sewa yang cukup rendah yang dianggap mampu dibayar oleh penduduk terbabit.

"Dan dengan tindakan kerajaan negeri untuk menaikkan kadar sewa berkenaan daripada RM124 kepada RM250, kita melihat ianya satu penganiayaan jauh dari konsep negeri berkebajikan yang dilaung-laungkan", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas bantahan penduduk PPR Syeksen 8, Kota Damnsara terhadap tindakan kerajaan negeri menaikkan kadar sewa rumah daripada RM124 kepada RM250.

Shukor yang juga ADUN Kuang seterusnya berkata jika kerajaan negeri mahu menambah sumber hasil pendapatan, mereka sepatutnya mencari alternatif lain yang difikirkan sesuai.

"Adakah mereka hanya memikirkan jalan singkat untuk menambah kantung kewangan negeri. Fikirkanlah kepentingan dan kebajikan rakyat.

"Dulu masa kempen pilihan raya, macam-macam slogan berkebajikan dihamburkan...namun hari ini lain pula jadinya", ujar beliau.

Justeru beliau yakin keadaan ini menambahkan lagi koleksi pembohongan kerajaan negeri di bawah pemerintahan pakatan pembangkang yang jelas telah mengkhianati kepercayaan rakyat.

kalu dah kaki auta tu auta gak le amnonong ni, terutama MIDO hampehhhh

1. BACA NO. 2 dan seterusnya.
2. Oleh kerana kos penyenggaraan dah meningkat pd JUN 2007 Kerajaan BN telah menaikkan sewa dari RM124 ke RM 250 berperingkat , tak sempat berperingkat BN kalah dalam PRU12.
3. Mereka yng masih belum mampu walaupun pendapatan lebih RM1,500 kena mohon dan
perbaharui permohonan dan untuk kemaskini data.(Bukan nak menghina = mungkin
dari 100 orang 2 org dah gaji RM2,000 atau dah berubah statusnya.)


Wednesday, November 12, 2008
BANTUAN MEMBAYAR SEWA RUMAH PPR DAN COUNCIL HOME
Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk membantu mereka yang tidak mampu membayar sewa rumah PPR dan Council Home mereka.

Kerajaan BN pada bulan Jun 2007 telah menaikkan sewa dari RM124 kepada RM250 oleh kerana kenaikkan kos penyenggaraan. Walau bagaimanapun, ianya telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Terdapat 14 lokasi PPR dan Council Home di Selangor dengan 8.106 unit.

Terdapat penduduk yang telah membantah kenaikan ini kerana mereka berpendapatan rendah dan menghadapi masalah untuk membayarnya.

Oleh itu, kerajaan mengambil keputusan untuk membantu mereka yang berpendapatan isi rumah (suami dan isteri) RM1,500 ke bawah dan juga orang-orang kurang upaya (OKU).

Mereka yang ingin memohon bantuan ini bolehlah menghubungi Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor di nombor telefon 03-5544 7166.

Kadar sewa akan kekal pada RM250 sebulan kerana kos penyenggaraan dan baik pulih yang tinggi. Kadar sewa RM250 adalah masih di antara yang terendah di Lembah Kelang. Adalah tidak adil untuk menggunakan duit rakyat untuk memberi subsidi kepada mereka yang mampu. Dijangkakan kerajaan negeri akan membelanjakan hampir RM3 juta setahun untuk membantu mereka yang tidak mampu.

Adalah diharapkan para penyewa akan membayar sewa mereka menurut jadual bagi membantu pihak pengurusan menyenggarakan kawasan perumahan mereka dengan sempurna.

Tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang gagal membayar sewa atau menyewa rumah mereka kepada pihak ketiga, seperti warga asing. Baru-baru ini Kerajaan Negeri Kedah telah membawa ke mahkamah penyewa-penyewa di negeri itu yang gagal membayar sewa bulanan mereka.

Sehubungan itu, satu perbadanan khas akan dibentuk oleh kerajaan negeri untuk menguruskan penyenggaraan kesemua PPR dan Council Home. Perbadanan ini diharap akan menjadikan kesemua perumahan-perumaahan PPR dan Council Home lebih selesa untuk didiami. Selama ini, penduduk sering mengadu tentang syarikat-syarikat penyenggaraan swasta yang gagal menjalankan tugas mereka.

Untuk jangkapanjang, perbadanan ini boleh mengambil alih penyenggaraan perumahan bertingkat di seluruh negeri Selangor demi keselesaan rakyat.

ni kepala hangguk nye mido kaki auta putar alma belit hampehhhh
 
awat hai??? Apa kena mengena dengan kedah lak???:-?:-? murah sangat ka tanah kat kedah tu?

Setahu aku, kedah la ni bertambah maju dibawah pemerintahan ustaz azizan. Habih satu2 kes rasuah kat kedah dia hunggah...:D

cayalah kedah...UMNO jangan duk harap la nak amik balik kedah dari PAS...:)paid:)paid:)paid
 
sabaq, bw bertenang...
BN baru cadangan, x kuatkuasa lagi...
kjaan selangor sepatutnya pertahankan hak rakyat..
dgr keluhan rakyat

tu yg reformis nk demo telanjang bogel pi dpn suk..
sapa reformis tu??
 
sabaq, bw bertenang...
BN baru cadangan, x kuatkuasa lagi...
kjaan selangor sepatutnya pertahankan hak rakyat..
dgr keluhan rakyat

tu yg reformis nk demo telanjang bogel pi dpn suk..
sapa reformis tu??

aku cabar orang yang berucap kata nak pi bogel depan suk pegi bogel sorang2 ada beran...setakat cakap macam sampah baik takyah nak burukkan kedaan lah...
 
sabaq, bw bertenang...
BN baru cadangan, x kuatkuasa lagi...
kjaan selangor sepatutnya pertahankan hak rakyat..
dgr keluhan rakyat

tu yg reformis nk demo telanjang bogel pi dpn suk..
sapa reformis tu??

mu dah ludah kena muka sendiri la mido, nak konar lagi ka, wat malu le, hulu ke hilir tak tau apa tapi nak cakap pasal politik, fakta dah ada pada jun 2007 sewa dinaikan ke RM250, maknanya dah dinaikkan, ko nak putar alam lagi ka.

ko dah mainkan isu putar alam ko suh org lain bertenang, ni ke modal ko , ko dah ludah kena muka sendiri, ko nak suh org lain menanggung kekotoran ko ke. ko memang hampehhh la mido

ni dari web dun selangor sendiri, ada semua kat situ.

http://dun.selangor.gov.my/v1/?q=ms/aggregator

mido oh mido, hari2 ko dok kotorkan muka ko ngan ludah sendiri
 
mu dah ludah kena muka sendiri la mido, nak konar lagi ka, wat malu le, hulu ke hilir tak tau apa tapi nak cakap pasal politik, fakta dah ada pada jun 2007 sewa dinaikan ke RM250, maknanya dah dinaikkan, ko nak putar alam lagi ka.

ko dah mainkan isu putar alam ko suh org lain bertenang, ni ke modal ko , ko dah ludah kena muka sendiri, ko nak suh org lain menanggung kekotoran ko ke. ko memang hampehhh la mido

ni dari web dun selangor sendiri, ada semua kat situ.

http://dun.selangor.gov.my/v1/?q=ms/aggregator

mido oh mido, hari2 ko dok kotorkan muka ko ngan ludah sendiri

buat pak mido ko dapatkan balik penang untuk bee end baru ko cakap pasal negeri lain...
:)paid:)paid:)paid
 
org reformis nih org pkr dan pas..
ada ka nak bogel di khlayak ramai..
sampai nik ajis kata sedangkan lembu tahu tutup kemaluan..
 
Back
Top
Log in Register