BTC USD 27,958.4 Gold USD 1,996.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BR1M: RM8.7b peruntukan sejak 2012

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR 29 Okt. – Seba*nyak RM8.7 bilion peruntukan telah dinikmati lebih tujuh juta rakyat Malaysia melalui program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sejak tahun 2012.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, peruntukan BR1M meningkat setiap tahun berikutan jumlah pene*rimanya yang turut bertambah iaitu 4.2 juta rakyat pada 2012 kepada tujuh juta orang tahun lalu.

Menurut beliau, tahun ini, Se**langor mencatatkan jumlah pe*neri*ma BR1M tertinggi iaitu sebanyak 986,000 orang atau 14.2 peratus membabitkan peruntukan RM413 juta.

“Jumlah tersebut merangkumi 563,000 penerima bantuan berjumlah RM650 seorang, 82,000 (RM450) manakala 341,000 lagi terdiri daripada kategori individu yang keseluruhannya mewakili 14.2 peratus daripada penerima seluruh negara.

“Johor adalah penerima BR1M kedua tertinggi dengan peruntukan sebanyak RM442 juta, melibatkan 848,000 penerima atau 12.2 peratus daripada jumlah keseluruhan,” katanya.
Beliau menjawab soalan Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baharu) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, Sarawak merekodkan penerima BR1M ketiga tertinggi iaitu sebanyak 700,000 penerima dengan peruntukan RM375 juta atau 10.1 peratus daripada keseluruhan dana yang disediakan.

Tee Yong berkata, BR1M yang dimulakan pada 2012 bermatlamat membantu meringankan beban hidup rakyat berpendapatan rendah bagi membeli barangan ke*perluan asas harian seperti beras, ikan, daging, sayur-sayuran dan pelbagai lagi.
“Bantuan ini diberikan secara menyeluruh kepada semua pihak yang layak tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik, malah jumlahnya sentiasa ditingkatkan, selain penambahan kategori baharu seperti pengenalan Skim Khairat Kematian,” katanya.Bernama
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register