strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
Alor Gajah: Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berperanan besar mengembangkan ekonomi setempat.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara itu tidak difahami dan disedari rakyat.
Katanya, rakyat yang menerima BR1M tidak akan menyimpan, sebaliknya berbelanja lalu mengembangkan ekonomi setempat selain menguntungkan pemilik kedai.
“BR1M ini bukan hanya mengurangkan kos hidup dan membantu perbelanjaan barang dapur rakyat,” katanya mengulas kritikan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai bantuan kewangan diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di dalam blognya baru-baru ini.
Katanya, setiap pemimpin mempunyai pendekatan berbeza, malah pada zaman Dr Mahathir, beliau menjana ekonomi menerusi pemberian projek kepada kontraktor kelas F.
“Terdapat berpuluh ribu kontraktor kelas F menerima bantuan itu dan menjadi pemangkin kepada ekonomi kerana belanja yang digunakan kontraktor itu menyebabkan ekonomi berkaitan berjalan,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/node/9571