BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Boustead: Kaji pegangan LTAT

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
ko_01.1.jpg


LODIN Wok Kamaruddin menjawab pertanyaan pemberita di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tidak perlu mempunyai pegangan sehingga 60 peratus dalam Boustead Holdings Bhd. (Boustead) dan sewajarnya ia dikurangkan.

Timbalan Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulannya, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata: ''Sebagai sebuah syarikat disenaraikan, jika pegangan hanya 50 peratus tambah satu peratus itu, menjadi sedikit wajar.''

Pengurangan pemilikan LTAT itu sebelum ini dilaporkan akan meningkatkan kecairan saham-saham Boustead.

Lodin berkata demikian ketika mengulas tentang kemungkinan LTAT mengurangkan pegangan kepentingannya dalam syarikat itu.

Sementara itu, beliau juga berkata, Boustead memperuntukkan RM1.4 bilion sebagai modal perbelanjaan kumpulan pada tahun depan. Daripada jumlah itu, 30 peratus adalah untuk sektor perladangan.

Lodin berkata, ini berikutan sektor perladangan merupakan penyumbang terbesar kepada perolehan Kumpulan dan memberi potensi tinggi pada waktu ini terutamanya perladangan kelapa sawit.

''Harga minyak sawit mentah (MSM) yang secara purata melebihi RM3,000 setan metrik sejak beberapa tahun lalu kekal stabil pada waktu ini dan ia memberi potensi keuntungan yang tinggi kepada Kumpulan,'' katanya selepas menghadiri majlis mesyuarat agung luar biasa Boustead di sini hari ini.

Tambah Lodin Wok, pihak menyasarkan sektor perladangan mencatatkan keuntungan kepada Kumpulan pada tahun depan.

Beliau memberitahu, pihaknya mahu memberikan lebih tumpuan terhadap sektor perladangan dari sudut kualiti dan peningkatan pengeluaran serta penanaman dengan kaedah dan alat yang lebih baik.

"Kami meletakkan matlamat untuk mencapai keuntungan sebanyak 40 peratus dari sektor perladangan kelapa sawit berbanding 25 peratus pada tahun lalu,'' ujarnya.

Mengulas tentang anak syarikatnya, Boustead Heavy Industry Corp. (BHIC), Lodin Wok menyasarkan tempahan diperoleh BHIC dalam tempoh lima tahun akan datang bernilai RM9 bilion hingga RM10 bilion.

Katanya, BHIC juga dijangka menyumbang keuntungan kepada Kumpulan dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang.
 
Back
Top
Log in Register