BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Bot karam, KM Kemanis selamatkan nelayan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,249
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,249
Reaction score
1,660
Points
201
𝗕𝗒𝗧 π—žπ—”π—₯𝗔𝗠, π—žπ—  π—žπ—œπ— π—”π—‘π—œπ—¦ π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§π—žπ—”π—‘ 𝗗𝗨𝗔 π—‘π—˜π—Ÿπ—”π—¬π—”π—‘
FB_IMG_1628840253538.jpg
FB_IMG_1628840255956.jpg
FB_IMG_1628840257983.jpg

π—šπ—˜π—’π—₯π—šπ—˜π—§π—’π—ͺ𝗑, 𝟭𝟯 π—’π—΄π—Όπ˜€ - Kapal Maritim (KM) KIMANIS Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang semalam, menyelamatkan dua nelayan tempatan di kedudukan kira-kira 1.9 batu nautika tenggara Pulau Kendi, sekitar jam 7.00 malam semalam selepas bot yang dinaiki karam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, KM Kimanis yang sedang melaksanakan rondaan rutin OP BENTENG/OP PERTIWI telah mengesan dua nelayan sedang berpaut pada bot yang terbalik dan meminta bantuan.

Bot yang berpangkalan di Tanjung Piandang, Perak tersebut mengalami kebocoran semasa sedang melakukan aktiviti menangkap ikan dan mereka gagal mengepam keluar air yang memasuki bot seterusnya menyebabkan bot terbalik.

Dua mangsa, Manimaran a/l Subrmaniam,50, dan Azhar Azizi bin Halim,30, berkata telah berapung selama empat jam sebelum ditemui anggota KM KIMANIS.

Kedua-dua mangsa dibenarkan pulang selepas mendapati mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan stabil.

Mangsa dibawa pulang ke Tanjung Piandang oleh pemilik bot yang tiba di tempat kejadian selepas dimaklumkan keadaan semasa mereka.

Orang awam diminta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

#WeTakeItSeriously
#MaritimMalaysia
#MaritimeNation
#MalaysiaCoastGuard
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#FightTogether
#KitaJagaKita

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
#KDN_TogetherWeAreOne
 
Back
Top
Log in Register