BTC USD 81,198.4 Gold USD 4,372.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Boston Dynamic Robot Test Revealed

Hyundai Mengambil-Alih Pegangan Majoriti Boston Dynamics - Mengukuhkan Kedudukan Dalam Arena Robotik

Hyundai Motor Group
hari ini mengumumkan mereka akan mengambil-alih pegangan majoriti pada Boston Dynamics daripada Softbank Group pada nilai mencapai $1.1 bilion. Dengan transaksi ini, Hyundai akan memegang sebanyak 80% pada Boston Dynamics, sementara baki 20% oleh Softbank. Pengambil-alihan ini akan terus mengukuhkan kepakaran Hyundai dalam arena robotik. Ia juga dikatakan selari dengan peralihan Hyundai ke arah “Smart Mobility Solution”. Hyundai sebelum ini sedia membuat pelaburan tinggi pada arena swapandu, kenderaan eko, pengilangan pintar, dan juga kecerdasan buatan.

Hyundai-Boston-Dynamics-950x633.jpg

Boston Dynamics sedia terkenal dalam arena pembangunan robot yang sesuai pada pelbagai keadaan muka bumi, dan boleh bergerak tanpa masalah seperti kehidupan biasa. Boston Dynamics sebelum ini sedia memasarkan robot Spot, selain turut mengumumkan bakal memperkenalkan Pick pada 2021 yang menyasarkan penggunaan dalam gudang. Dengan pengumuman pengambil-alihan ini, Hyundai menantikan pengesahan daripada pihak berkuasa sebelum transaksi ini selesai sepenuhnya.
 
Robot Boston Dynamics Kini Boleh Menari Lebih Baik Daripada Anda

Boston Dynamics kerap memperlihatkan kemampuan robot buatan mereka di dalam situasi dunia sebenar. Atlas misalnya direka untuk bertugas di kilang tetapi diberikan kemampuan untuk melompat dan balik kuang seperti seorang ahli gimnastik. Sempena tahun baru 2021 yang menjelang tiba, Boston Dynamics melancarkan video untuk menunjukkan kesemua robot mereka juga boleh menari seperti manusia.

Robot Atlas, Spot dan Hadle menunjukkan kemampuan menari mereka dalam video sepanjang hampir 3 minit. Kemampuan mereka menari harus diakui adalah lebih baik dari diri kami sendiri. Ia juga membuktikan selain melakukan tugas serius seperti memantau penjarakan sosial, menarik lori dan mengangkat barang di gudang, robot Boston Dynamics mungkin mempnyai potensi dalam industri hiburan.

 
Back
Top
Log in Register