BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Robot 4 kaki wajah Elon Musk cetus kontroversi

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,513
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,513
Reaction score
1,681
Points
201


Robot 4 kaki wajah Elon Musk cetus kontroversi


SAN FRANCISCO – Sebuah robot berkaki empat yang memaparkan wajah realistik bilionair Elon Musk dilihat di bandar raya di San Francisco, baru-baru ini.

Robot itu melambai, mencangkung, mengangkat kaki sebagai sapaan, malah turut menyalak kembali kepada anjing sebenar yang lain. Menurut akhbar The New York Post, robot anjing itu dipamerkan untuk mempromosikan pameran baharu artis seni dikenali sebagai Beeple di Palo Alto.

Robot anjing itu dilaporkan dipamerkan di pusat seni digital dinamakan NODE.

Beeple atau nama sebenarnya, Mike Winkelmann memasang jentera ini untuk pameran berjudul Regular Animals.

Robot Musk itu tidak bersendirian dari segi konsep. Projek itu juga merangkumi versi dengan wajah Jeff Bezos, Andy Warhol, Pablo Picasso dan Beeple sendiri.

Namun, wajah Musk dan Zuckerberg adalah yang kelihatan di kaki lima San Francisco, dengan anjing sebenar kadang kala berkeliaran untuk menghidu dan menyalak pada rakan mekanikal tersebut.

Menurut laporan, Beeple merancang untuk memastikan robot itu ‘hidup’ selama tiga tahun. Selepas itu, ia akan ‘mati’, dan memorinya akan dipulihara.

Tidak jelas sama ada Musk atau Zuckerberg meluluskan penggunaan wajah mereka. Bagaimanapun, pengguna media sosial mempunyai pendapat berbeza dengan ada memanggilnya ‘menjijikkan’ dan ‘mengganggu’, manakala sebilangan lagi menyifatkan hasil seni itu sebagai ‘cemerlang’ dan ‘melucukan’.

“NODE adalah rumah bagi artis yang mendefinisikan budaya digital hari ini. ‘

“Regular Animals karya Beeple adalah penjelmaan fizikal budaya itu, dan kami bangga untuk membawa sebahagian daripadanya ke Lembah Silikon,” kata wakil NODE kepada akhbar The San Francisco Chronicle. – AGENSI

Artikel : Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register