Ada ke saya bagutau saya berdendam sehingga nak menganiaya?ada ke saya nak bagi dia sakit?xde kan? Saya nak munta dia lembut hati utk minta maaf dgn ibu saya..itu je..saya pun x faham knp hatinya begitu keras dan ego..so, knp saya perlu minta fasakh?saya xde rasa kekurangan pun sekiranya saya masih menjadi isteri dia wpun hanya pada nama je..semua saya buat sendiri
Saya nak bercerita sikit kak. Moga2 ada manfaat. Ini kes yang berlaku dalam keluarga saya. Masih ongoing dan masih belum selesai.
Pakcik saya berkahwin dan dapatlah kami orang baru dalam keluarga. Saya namakan dia cik ja untuk mudah cerita. Cik ja ni orangnya baik sangatlah, sampaikan orang-orang kampung semua dok bercakap untung sungguh nenek saya sebab dapat menantu macam cik ja.
Masa dia mula2 kawin, dia pernah bagitahu ayah saya. Elok-elok sikit, ada orang nak buat khianat kat keluarga ni. Ayah saya senyap dan tak cakap apa-apa.
Dalam dua tahun terkebelakang, banyak kes-kes mistik yang jadi dalam keluarga saya. Kes merasuk tu dikira biasa. Boleh kata tiap kali balik kampung mesti ada yang kena. Makcik saya yang lain sampai hampir gila efek dari gangguan-gangguan ni. Semua ni berpunca daripada cik ja.
Cik ja ni orangnya talam dua muka. Di hadapan baik sangat takde orang lah baik macam tu. Di belakang, habis segala cerita buruk dijaja. Dekat adik beradik itu cerita lain, dekat adik beradik ni cerita lain. Sampaikan habis semua bergaduh gara-gara dia. Dan yang lebih teruk lagi, cik ja ni turut gunakan ilmu hitam.
Salah satu benda yang dia guna adalah beri makanan kotor pada suami dia (pakcik saya). Efek makanan kotor ni berat, orang yang makan akan jadi seperti lembu dicucuk hidung. (Muka orang yang makan makanan kotor ni ada beza dari orang normal. Kalau mampu tengok, nur di wajah tu kusam. Malap tak ada cahaya.)
Ilmu dia pulak seperti pemujaan. Ada satu tempat di kelantan, dalam kawasan tu ada 39 benda seperti batu. Pernah pakcik saya bercerita kepada ayah saya, kalau cukup 40 batu tu power laa ja. Cuma waktu tu tak ambil port sangat sebab ingat dia cakap main-main. Sampailah baru-baru ni mak saya sendiri dibawak ke tempat tu semasa tidur dan ada cubaan untuk control mak saya. Ini sudah lebih.
Damage setakat ni, sorang pakcik saya jadi kurang siuman. Dah 10 tahun. Pakcik saya tu jadi kurang siuman lepas tak sampai setahun cik ja masuk dalam keluarga kami. Masa tu kami takde syak apa-apa. Sekarang ni, sorang lagi makcik saya hampir jadi kurang siuman. Hantar berubat secara hospital dan tradisional. Ubat hospital ambil dan pada masa yang sama juga berubat secara tradisional.
Kami masih lagi mencari sebab kenapa dia buat macam ni. Cik ja ni kalau diikutkan ada keturunan gila dan ada kad pernah masuk hospital gila. Ada ahli keluarganya di kelantan sana pun gila dan dirantai di rumah. Semua ni timbul balik selepas 10 tahun. Kami tak pasti sama ada tuntutan ilmu atau apa yang memerlukan dia untuk pisah sampai orang jadi gila.
Kami tengah berfikir-fikir untuk balas balik apa yang di buat sebab terlampau teruk. Kalau mula pembalasan, memang confirm cik ja ni akan gila. Tapi masih berfikir-fikir sebab anak-anak cik ja tu kiranya sepupu-sepupu saya sendiri dan darah daging keluarga kami. Jadi sekarang ni kami masih dalam mode standby. Cuma saya dan adik beradik memang tak akan makan makanan di rumah cik ja ni sebab kami tahu dia control orang melalui pemakanan.
Cara buat melalui makanan ni payah.
Kalau ikut penceritaan akak yang suami ada makan makanan kotor dari mentua, nasihat saya jangan terlampau berharap untuk dia lembut hati dan minta maaf. Mereka yang makan makanan sebegini, hati akan perlahan-lahan terhijab. Jangan harap dorang nak datang minta maaf.
Dan soalan akak kenapa akak perlu minta fasakh tu, terus terang saya cakap akak ego. Maaf ye kak, saya bukan nak tambah garam di luka tapi itu apa yang saya nampak. Saya bukan tak faham apa yang akak rasa. Cuma dalam keadaan sekarang ni, akak kena rasional.
Kalau akak rasa ok, takde kekurangan semua walau hanya jadi isteri pada nama dan semuanya akak buat sendiri, JANGAN COMPLAIN. Kalau complain macam ni bukan redha namanya.
Kalau akak rasa tak okay bila diperlakukan macam ni, pergi ke pejabat agama dan cerita pada mereka. Minta nasihat menggunakan saluran yang betul. Contoh dah ada seperti yang diceritakan oleh roslinda