BTC USD 63,087.5 Gold USD 4,317.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bomba menyelam cari parang

highway

Active+ Member
Messages
4,418
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,418
Reaction score
298
Points
46
Bomba menyelam cari parang

MACHAP BARU - Kawasan Empangan Machap Baru pagi semalam, tiba-tiba menjadi perhatian apabila sekumpulan pasukan polis dan kereta peronda berada di kawasan jalan besar berkenaan.

Kebanyakan orang awam yang melalui jalan terbabit berhenti melihat apa yang berlaku kerana menyangka ada kes lemas di kawasan berkenaan.

Sumber polis yang ditemui berkata, kedatangan mereka ke situ adalah bagi mencari barang kes membabitkan satu kes bunuh yang berlaku setahun lalu.

Menurut sumber, suspek kes berkenaan baru sahaja diberkas dan mengaku membuang dua bilah parang ke dalam empangan terbabit.

Kerja menyelam oleh pasukan bomba bagi mencari barang dimaksudkan dimulakan jam 11 pagi selama kira-kira dua jam tetapi gagal menjumpai apa-apa.

Sumber juga menyatakan, kes yang berlaku pada 29 Jun 2009 itu masih disiasat dan membabitkan beberapa suspek yang sebelum ini dicari polis Melaka.
 
Dah tahun 2009 kes baru nak cari, susah nak jumpa. Mungkin dah teggelam dalam lumpur....
 
Klu dia ngaku campak kt kolam najis...
tak ke naya penyelam2 tu..
 
hahaha bagus bagus...fail2 lama yg duduk di tingkat bwh2 tu naikkan blk...jgn peram.
 
selongkar lagi, biar pesalah dihukum dengan setegasnya
 
Back
Top
Log in Register