BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bomba kena tangkap katak

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,239
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,239
Reaction score
1,659
Points
201
KATAK yang ditemui di apartmen. FOTO ihsan Bomba


HANYA kerana geli dengan katak, seorang wanita meminta bantuan pihak bomba bagi menangkap haiwan berkenaan yang memasuki apartmen di Bukit Indah, Ampang, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang Ariff Mohamed Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.37 malam.

"Kami menerima panggilan daripada seorang wanita berusia lingkungan 20-an memaklumkan ada seekor katak 'besar' memasuki apartmennya sebelum enam anggota bersama satu jentera dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, kami mendapati terdapat tiga wanita di dalam apartmen berkenaan dengan dua daripada mereka dilihat berada di kerusi meja makan serta sofa," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Ariff berkata, pemeriksaan di dalam apartmen itu menemui seekor katak sebesar kira-kira tiga jari berada di antara pintu bilik tidur dan tandas.

"Katak itu dikatakan ditemui di tandas dan 'kehadiran' haiwan itu yang mengejutkan penghuni berkenaan menyebabkan tandas itu dalam keadaan berselerak.

"Difahamkan wanita itu menghubungi kami untuk mendapatkan bantuan bagi mengeluarkan haiwan berkenaan kerana mereka geli dengan katak.

"Kami mengambil masa tidak sampai satu minit untuk menangkap katak itu sebelum ia dilepaskan di kawasan hutan," katanya.

Katanya, kes itu adalah kali pertama diterima pihaknya membabitkan khidmat menangkap katak.

"Selalunya kes yang kami terima membabitkan haiwan berbisa seperti ular selain biawak serta musang.

"Ini adalah kali pertama balai ini menerima panggilan untuk khidmat menangkap katak sepanjang tempoh enam tahun saya bertugas sebagai ketua balai," katanya.


== hmetro
 
aku rasa benda ni mcm buang masa abang bomba je..

call jelah perhilitan tu kalau melibatkan ular ke binatang ni

sebab dia ni dok apartment.. boleh je kot call guard house tu mtk tolong
 
Mintak tlg jiran pun blh kan, jenis x bercampur la ni
 
mungkin dia anti sosial xpon bahaya nk pngl jiran² / guard² lelaki utk masuk rumah dia tangkap katak. bomba dpt call, dtg je la tangkap. ape nk buat 😂
 
kalau 3 org gadis 20-an tu muka ala2 emma maembong berbaloi juga la p tangkap katak

51752542_294312147902210_8542727116979468307_n.jpg

Gambar hiasan
 
Last edited:
pggl jela boifren.. 3 org tu xkn xde sorg yg ade boifren kan... hehe
 
memang. dulu penah je class mate gegurl suh dtg umah sewa sbb takutkan kala jengking. padahal bole je 5 orang tu kibas2 pakai penyapu buang kt luar

tp mmg spesis ni dilahirkan utk kita yg lelaki ni memahami die
 
yg abam bomba pun sampai 6 org datang haha
 
dkt oversea.. panggil bomba dtg , nanti dapat bill..
 
Back
Top
Log in Register