eboss
CG Hardcore


- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Seorang peragut sanggup menanggalkan seluar hingga hampir telanjang bulat dan terjun ke Sungai Klang di Jalan Klang Lama di sini, dalam cubaannya melarikan diri diberkas pihak berkuasa.
Dalam kejadian jam 3 petang semalam itu, suspek yang berusia 20-an dikatakan meragut seorang wanita sebelum mangsa menjerit meminta tolong.
Kejadian terbabit yang disedari orang ramai menyebabkan mangsa dikejar sehingga sampai ke tebing longkang besar berhampiran sungai berkenaan.
Difahamkan, suspek dipercayai penagih dadah tidak dapat melarikan diri sebelum terjun ke dalam sungai berkenaan yang sedalam hampir lima meter.
Tindakan suspek menyebabkan orang ramai terpaksa menghubungi polis dan anggota Bomba dan Penyelamat bagi memberkas suspek bersembunyi di tebing sungai berkenaan.
Anggota polis kemudian dikatakan menggunakan jengkaut turun ke tebing longkang berkenaan sebelum berusaha mencari suspek yang berdegil enggan menyerah diri.
Difahamkan, suspek cuba melarikan diri dengan menyusup masuk saluran longkang kecil, namun diberkas polis dengan bantuan anggota bomba.
Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Taman Desa, pihaknya menerima panggilan polis Brickfields mengenai seorang lelaki yang terjun ke sungai itu kira-kira jam 2.30 petang.
“Lapan anggota bomba tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian. Dua anggota kemudian turun ke sungai berkenaan membantu polis memberkas suspek.
“Suspek yang hanya berseluar dalam cuba lari melawan arus sungai. Tindakannya itu bagaimanapun hampir meragut nyawanya apabila dia keletihan.
“Suspek diselamatkan dan diberkas anggota polis kira-kira 20 minit kemudian,” katanya.