BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bom kenduri: 22 terbunuh

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Bom kenduri: 22 terbunuh


MAZAR-I-SHARIF: Seorang pengebom berani mati membunuh ahli parlimen berpengaruh Afghanistan dan sekurang-kurangnya 22 yang lain, semalam.

Menurut polis, serangan dilakukan ketika ahli parlimen Ahmad Khan, mengadakan kenduri kahwin anaknya di Aybak, utara Afghanistan. Sumber berkata, penyerang terbabit menyamar sebagai tetamu dan memeluk Ahmad di khalayak ramai sebelum menghidupkan suis peledak yang dipasang di pinggangnya.


Turut terbunuh, seorang ketua perisik tempatan.

“Majlis berkenaan dihadiri ramai pegawai berpangkat tinggi,” katanya.


Berasal dari etnik Uzbek, Ahmad adalah komander militia ketika Afghanistan berada dalam konflik berdekad lalu.


Tiada mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab setakat ini.

Jurucakap Taliban, Zabiuallah Mujahid, mendakwa pihaknya tidak tahu-menahu sebarang serangan kumpulan militan di utara Afghanistan.


Sementara itu, Ketua Jabatan Kesihatan Awam, Ahmad Samid, berkata 15 maut dan 60 cedera dalam serangan semalam. Jurucakap keselamatan pula mendakwa angka korban lebih tinggi. “Setakat ini 22 terbunuh, termasuk Ahmad, dan lebih 100 cedera,” katanya. Saksi berkata, letupan dihidupkan di laluan masuk dewan keraian.

Ramai tetamu berpangkat tinggi berada di kawasan berkenan untuk menyambut tetamu. Utara Afghanistan biasanya lebih aman berbanding wilayah lain, tetapi serangan semalam membayangkan Taliban semakin berani melebarkan ancaman berbanding terhad kepada kawasan selatan dan timur, sebelum ini. - AFP





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bomkenduri_22terbunuh/Article/artikelMA
 
Tak pasal-pasal nyawa orang awam yang tak bersalah terbabit sama
 
Back
Top
Log in Register