BTC USD 80,912.1 Gold USD 4,154.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Boleh Ke Gunakan Jin................

Saya x pasti , yang sy tahu ianya bergantung kepada agreement antara manusia dan jin .

Sy pernah lihat satu orang manusia yang guna jin dlm perubatannya tapi wajahnya terdapat NUR. Mana mungkin orang yang buat dosa boleh ada NUR diwajahnya??

Itu bukan NUR,,,itu jin pemanis dah menempek kat muaka dia.
 
Itu bukan NUR,,,itu jin pemanis dah menempek kat muaka dia.

Aku rasa x , pasal aku dah berkawan ngan jin nieh puluh2 tahun dah sejak aku kecil lagi, boleh beza antara NUR amal ngan pemanis sihir.

Kalau ko nak , aku bg satu , ada banyak pocong tinggal kat bilik tido aku . :D
 
Fuyoooo.. apa kata bro panggil zainal kat misteri nusantara tuu... buat filem skit... dapat juga hasil:D:D
 
pada saya seperti mana ayat al quran yang telah di sertakan pada awal forum jawapannya adalah tak boleh sama sekali

kita sepatutnya minta tolong dari allah kemudian kot allah nak selesaikan melalui perantaraan jin itu terpulang pada tuhan tapi yang penting minta tolong dari allah

seperti contoh kes nabi allah sulaiman as baginda adalah seorang nabi yang mana ketaqwaan baginda sangatlah taqwa pada allah

kerana ketaqwaan baginda ini maka baginda telah dikurniakan mukjizat yang boleh mengarahkan jin dimana kekuasaan baginda ini meliputi alam zahir dan alam batin tiada yang mempunyai kekuasaan melebihi baginda

dalam hal ini baru bertepatan dengan islam senang cakap serah diri dulu pada tuhan kemudian terpulang pada tuhan nak selesaikan hal melalui jin atau apa apa sahaja perkara tersebut boleh kita katakan sebab dan nisbah ini berdasarkan ilmu tauhid

tapi masalah sekarang kebanyakan manusia serah dulu diri dengan jin dan langsung melupakan tuhan dalam hal ini tuhan pun akan biarkan nasib mereka kepada apa yang mereka serahkan memang malanglah nasib mereka kelak

malangnya orang jenis ini selalunya berlagak dan menggunakan hujjah nabi allah sulaiman as sedangkan antara mereka berdua sangat berbeza

nauzubillah hi min zalik
 
pada pendapat aku la,, minta tolong tak boleh,,
kalau mempergunakan jin boleh,, dengan syarat kita tak boleh ikut syarat2 yg ditetapkan jin.
nabi2 terdahulu pun ada mempergunakan jin.
sama juga kita mempergunakan kerbau dan lembu,,:-?

tolong komen
 
jawapannya HARAM @ TIDAK BOLEH.
 
pada pendapat aku la,, minta tolong tak boleh,,
kalau mempergunakan jin boleh,, dengan syarat kita tak boleh ikut syarat2 yg ditetapkan jin.
nabi2 terdahulu pun ada mempergunakan jin.
sama juga kita mempergunakan kerbau dan lembu,,:-?

tolong komen

syariat Nabi-Nabi terdahulu sudah tidak boleh dipakai lagi. kalau dulu seorang Nabi boleh berkahwin sehingga 100 orang. atau berkahwin dengan adik isterinya. apakah kita boleh pakai semua tu?

persoalan utama, apakah Nabi kita sendiri, iaitu Nabi Muhammad, penghulu segala Nabi-Nabi terdahulu pernah pakai Jin untuk berubat, untuk perlindungan harta dan sebagainya?

saya tercari-cari dalam sirah baginda dan tidak pernah pun terjumpa baginda menggunapakai jin sebagai perubatan mahupun perlindungan.

apa yang saya jumpa ialah, baginda pernah disihir dan beliau telah didatangkan wahyu oleh Jibril surah Al-Falaq dan An-Nas untuk menangkis sihir tersebut.

so, gunakanlah al-Quran untuk semua tujuan. samada perubatan mahupun perlindungan harta benda. inilah yang Nabi kita guna. kalau kita tak ikut Nabi, nak ikut siapa lagi?
 
Saya x pasti , yang sy tahu ianya bergantung kepada agreement antara manusia dan jin .

Sy pernah lihat satu orang manusia yang guna jin dlm perubatannya tapi wajahnya terdapat NUR. Mana mungkin orang yang buat dosa boleh ada NUR diwajahnya??

nur tu jin pun bleh buat...tu yg susuk tu...siap cun melecun..stakat nur 'ciplak' diaorang xde masalah punyer....demi merosakkan manusia..
 
Saya x pasti , yang sy tahu ianya bergantung kepada agreement antara manusia dan jin .

Sy pernah lihat satu orang manusia yang guna jin dlm perubatannya tapi wajahnya terdapat NUR. Mana mungkin orang yang buat dosa boleh ada NUR diwajahnya??

kalau rujuk dgn ulama yg mahir bab2 jin ni, x kira apa syarat/agrement sekalipun, tetap HARAM. Alasan mereka kerana itu adalah tipu daya Jin, x kira jin Islam @ kafir.. hukumnya tetap sama. Sbb itulah diperintahkan secara Mutlak bahawa bersekongkol dgn jin adalah syirik. Kerana tipu daya jin hebat walaupun setinggi mana ilmu ghaib seseorg itu. Jika kita percaya 100% bahawa sebarang unsur yang melibatkan jin x kira apa alasan sekalipun, inyaAllah kita 100% juga dilindungi dari tipu daya jin iaitu yg membawa kepada Syirik.
 
Back
Top
Log in Register